Page 214 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 214

Rajah 3: Pentaksiran Formatif dan Sumatif



                              2.1.1  Pentaksiran Untuk Pembelajaran

                              Pentaksiran  untuk  pembelajaran  juga  dirujuk  sebagai  pentaksiran  formatif.
                              Pentaksiran untuk pembelajaran merupakan sebahagian daripada proses PdP.
                              Maklumat  yang  diperoleh  daripada  pentaksiran  ini  boleh  digunakan  untuk
                              merancang  strategi  atau  langkah  seterusnya  dalam  pengajaran  ke  arah
                              meningkatkan  pembelajaran  murid  dan  tahap  penguasaan  mereka.
                              Berdasarkan  tujuan  ini,  pentaksiran  ini  juga  dikenali  sebagai  pentaksiran
                              diagnostik.


                              Satu  contoh  pentaksiran  untuk  pembelajaran  ialah  aktiviti  soal-jawab  yang
                              dijalankan oleh guru semasa sesuatu pengajaran dijalankan. Tujuan soal-jawab
                              itu  adalah  untuk  mengenal  pasti  pengetahuan,  kemahiran  dan  nilai  murid.
                              Maklumat  yang  diperoleh  dari  aktiviti  soal-jawab  itu  membantu  guru
                              meneruskan PdP dan merancang pelaksanaan PdP seterusnya.








                                                            6
   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219