Page 209 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 209

PENDAHULUAN


                       Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah  (PBS)  merupakan  pentaksiran  holistik  yang  terdiri
                       daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik. Kategori akademik terdiri
                       daripada  dua  komponen  iaitu Pentaksiran  Pusat  (PP) dan  Pentakiran  Sekolah  (PS),
                       manakala  kategori  bukan  akademik  terdiri  daripada  dua  komponen  lagi  iaitu
                       Pentaksiran  Aktiviti  Jasmani,  Sukan  dan  Kokurikulum  (PAJSK)  dan  Pentaksiran
                       Psikometrik (PPsi) seperti dinyatakan dalam Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3
                       Tahun 2011: Pemakluman Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Rendah
                       dan  Menengah  Rendah  (KP.LP.003.07.14.05(1))  bertarikh  29  Julai  2011.  Rajah  1
                       menunjukkan empat komponen dalam PBS.




                                                 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH




                                       AKADEMIK                              BUKAN  AKADEMIK



                                                                     PENTAKSIRAN
                           PENTAKSIRAN         PENTAKSIRAN         AKTIVITI JASMANI,      PENTAKSIRAN
                              PUSAT              SEKOLAH              SUKAN DAN           PSIKOMETRIK
                                                                     KOKURIKULUM

                                    Rajah 1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


                       Pentaksiran  Sekolah  telah  dikenali  sebagai  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD)  mulai
                       hujung  tahun  2016.  PBD  mengekalkan  semua  konsep  Pentaksiran  Sekolah  dan
                       melibatkan penentuan tahap penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap
                       penguasaan ini dinyatakan dalam Standard Prestasi seperti terdapat dalam Dokumen
                       Standard  Kurikulum  dan  Pentaksiran  (DSKP)  semua  mata  pelajaran  di  bawah
                       Kurikulum  Standard  Prasekolah  Kebangsaan  (KSPK),  Kurikulum  Standard  Sekolah
                       Rendah (KSSR), Kurikulum Standard Kelas Peralihan (KSPK) dan Kurikulum Standard
                       Sekolah Menengah (KSSM). Selain daripada Standard Prestasi, Standard Kandungan
                       dan Standard Pembelajaran juga dirujuk dalam pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.

                       Standard Kandungan (SK) ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut
                       ketahui  dan  boleh  lakukan  dalam  suatu  tempoh  persekolahan  merangkumi  aspek
                       pengetahuan,  kemahiran  dan  nilai.  Standard  Pembelajaran  (SP)  pula  ialah  suatu
                       penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh
                       diukur bagi setiap standard kandungan. Manakala Standard Prestasi (SPi) pula ialah
                       suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid
                       pamerkan  sebagai  tanda  bahawa  sesuatu  perkara  itu  telah  dikuasai  oleh  murid.
                       Perincian perkara ini dan maklumat lain berkenaan PBD dinyatakan di dalam buku ini.


                                                            1
   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214