Page 211 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 211

BAB 1         PENGENALAN



                       1.1    Matlamat Panduan Pelaksanaan PBD

                       Panduan  Pelaksanaan  Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD)  disediakan  untuk  memberi
                       kefahaman  dan  membantu  pentadbir  sekolah  dan  guru  dalam  melaksanakan
                       pentaksiran  bagi  mendapat  maklum  balas  berkaitan  perkembangan  pembelajaran
                       murid  dan  keberkesanan  pedagogi.  Maklumat  daripada  pentaksiran  tersebut
                       digunakan  untuk  merancang  tindakan  susulan  sama  ada  semasa  pengajaran  dan
                       pembelajaran (PdP) atau selepas PdP. Melalui panduan ini guru diberi pendedahan
                       tentang  konsep,  tujuan,  ciri-ciri,  kaedah,  aspek  yang  ditaksir,  pertimbangan
                       profesional,  dan  keperluan  melaksanakan  PBD  serta  cara  mengaplikasikannya  di
                       dalam bilik darjah.


                       1.2    Objektif Panduan Pelaksanaan PBD

                            Panduan ini membantu guru:

                            menentukan kaedah pentaksiran yang sesuai
                            melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah dengan berkesan
                            membuat  pertimbangan  profesional  dalam  menentukan  tahap  penguasaan
                              murid
                            menjalankan tindakan susulan


                       1.3    Organisasi Kandungan

                       Penerangan  tentang  PBD  diterangkan  secara  terperinci  dari  Bab  2  hingga  Bab  6.
                       Penutup panduan ini dinyatakan dalam Bab 7 manakala glosari bagi istilah penting
                       dalam  PBD  dijelaskan  dalam  Bab  8.  Rajah  2  menunjukkan  organisasi  kandungan
                       panduan ini.

















                                                            3
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216