Page 216 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 216
Contoh berkaitan pentaksiran kendiri ditunjukkan dalam Bab 6.
ii. Pentaksiran Rakan Sebaya
Pentaksiran rakan sebaya memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam
pasukan atau kumpulan, berkomunikasi antara satu sama lain dan melibatkan
diri secara aktif dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab.
Kaedah ini dapat meningkatkan motivasi murid dalam proses pembelajaran
dan melahirkan rasa kepunyaan terhadap proses pentaksiran.
Dalam kaedah ini murid berpeluang membuat pentaksiran yang sewajarnya
terhadap rakan sebaya. Di samping itu ia membolehkan guru menilai murid
dari segi kemahiran berkomunikasi dan sosialisasi semasa mereka berinteraksi
sesama rakan sebaya dalam kerja berpasukan.
Contoh instrumen pentaksiran rakan sebaya ditunjukkan dalam Bab 6.
2.1.3 Pentaksiran Tentang Pembelajaran
Pentaksiran tentang pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk
atau bidang pembelajaran. Lazimnya pentaksiran tersebut berlaku dalam
bentuk ujian sumatif. Pentaksiran tentang pembelajaran juga boleh berlaku
dalam bentuk pembentangan hasil projek. Maklumat dan data yang diperoleh
dari ujian sumatif atau pentaksiran tentang pembelajaran ini seharusnya
ditangani secara positif dalam proses pembelajaran murid.
Semua data pentaksiran bukan bertujuan untuk perbandingan antara murid.
Tujuan data atau skor ujian sumatif ini perlu digunakan untuk membantu guru,
ibu bapa dan pihak sekolah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid. Di
samping itu, guru juga menggunakan data untuk merancang dan
melaksanakan strategi yang lebih konstruktif dan bermakna dalam
menggalakkan penglibatan aktif murid dalam pembelajaran, memajukan
pembelajaran mereka pada masa hadapan, seterusnya meningkatkan
penguasaan dan pencapaian mereka dalam pembelajaran. Ianya bukan
bertujuan untuk perbandingan antara murid. Maklumat dan data dari
pentaksiran sumatif ini juga boleh menjadi petunjuk asas kepada pencapaian
murid terhadap sesuatu tajuk sebelum beralih kepada tajuk atau pelajaran
seterusnya.
8