Page 213 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 213

BAB 2         PENTAKSIRAN BILIK DARJAH


                       2.1    Konsep PBD


                       Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi PdP bagi

                       mendapatkan  maklumat  tentang  perkembangan,  kemajuan,  kebolehan  dan
                       penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. PBD melibatkan
                       proses  mengumpul  dan  menganalisis  maklumat  serta  membuat  refleksi  yang
                       berterusan terhadap  PdP  dalam  membuat  pertimbangan  secara  konsisten  ke  arah
                       menambah baik PdP tersebut. Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran
                       yang  jelas  tentang  penguasaan  murid  terhadap  Standard  Pembelajaran  yang
                       ditetapkan  dalam  kurikulum.  Semua  maklumat  yang  diperoleh  dari  pentaksiran
                       bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya

                       maklumat  tersebut  hendaklah  digunakan  untuk  membantu  pihak  sekolah  dan  ibu
                       bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan
                       pencapaian murid dalam pembelajaran.

                       Guru  memainkan  peranan  penting  dalam  melaksanakan  PBD  dengan  menentukan
                       objektif  pembelajaran  berdasarkan  Standard  Pembelajaran  yang  hendak  ditaksir,
                       merancang  dan  membina  instrumen  pentaksiran,  melaksanakan  pentaksiran,
                       merekod  hasil  pentaksiran,  menganalisis  maklumat  pentaksiran,  melapor  dan
                       membuat tindakan susulan.

                       PBD  bertujuan  menambah  baik  pembelajaran  murid  melalui  pentaksiran  formatif,

                       iaitu:

                                Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment for learning)
                                Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment as learning)

                       Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan
                       murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. PBD
                       membolehkan  murid,  guru,  ibu  bapa,  dan  pihak  sekolah  mengetahui  kualiti

                       pembelajaran  murid.  Pentaksiran  ini  dilihat  sebagai  Pentaksiran  Tentang
                       Pembelajaran (Assessment of learning).

                       PBD melibatkan Pentaksiran Untuk Pembelajaran, Pentaksiran Sebagai Pembelajaran
                            dan Pentaksiran Tentang Pembelajaran seperti dalam Rajah 3.






                                                            5
   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218