Page 208 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 208
KATA PENGANTAR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam
Sejahtera.
Terlebih dahulu saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Panduan
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dapat diterbitkan.
Panduan ini telah dikemaskini daripada terbitan yang terdahulu
dan diharapkan dapat membantu guru dalam melaksanakan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), di samping memberi idea kepada
guru untuk mempelbagaikan kaedah pentaksiran serta kaedah
pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan.
PBD merupakan pentaksiran berterusan yang membolehkan guru mengumpul maklumat
tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid terhadap Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran.
Pentaksiran berterusan secara formatif dan sumatif dalam PBD ini merupakan tumpuan
utama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu wahana bagi memastikan
perkembangan holistik dalam kalangan murid. Sehubungan itu, buku ini juga diharap dapat
menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha memastikan
kurikulum dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penerbitan buku
Panduan Pelaksanaan PBD ini. Semoga buku panduan ini dapat dimanfaatkan oleh semua
pihak yang terlibat.
Sekian.
SHAZALI BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
2018
ix v