Page 375 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 375
PENGURUSAN KOKURIKULUM 33
2.1.3 Pelajar hendaklah menandatangani buku pinjaman / pemulangan alatan.
2.1.4 Pelajar mesti menggunakan alatan mengikut arahan / peraturan.
2.1.5 Pelajar hendaklah memeriksa alatan yang akan digunakan.
2.1.6 Pelajar hendaklah memulangkan semula alatan ke tempat asal.
2.1.7 Pelajar dilarang membawa peralatan keluar dari bilik sukan tanpa rekod.
2.1.8 Pelajar dikehendaki menulis surat permohonan untuk meminjam peralatan
dan kemudahan untuk kegunaan masa lain (program / aktiviti).
2.1.9 Pelajar dilarang mengubah sebarang kedudukan peralatan di dalam bilik
operasi sukan tanpa kebenaran.
2.1.10 Pelajar dilarang menggunakan / berada di padang dan gelanggang pada
masa hujan.
2.1.11 Pelajar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sewaktu menjalankan
aktiviti dan menggunakan peralatan sukan.
2.1.12 Pelajar mesti melaporkan kepada guru sekiranya berlaku kecemasan /
kemalangan.
2.2 Tatacara pemimpin / penasihat / guru
2.2.1 Pemimpin / penasihat / guru boleh mengarahkan mana-mana pelajar untuk
mengambil peralatan / kemudahan.
2.2.2 Pemimpin / penasihat / guru hendaklah menyelia / memantau proses yang
terlibat (meminjam dan memulangkan).
2.2.3 Pemimpin / penasihat / guru perlu membuat catatan / laporan kemalangan
jika ada di dalam buku yang disediakan di bilik sukan.
2.2.4 Pemimpin / penasihat / guru hendaklah memastikan pelajar menggunakan
peralatan / kemudahan mengikut peraturan yang betul.
2.2.5 Pemimpin / penasihat / guru bertanggungjawab untuk mengambil sebarang
langkah berjaga-jaga sewaktu menggunakan peralatan / kemudahan.
3.0 Sukan dan Permainan
3.1 Tatacara pelajar
3.1.1 Pelajar hendaklah melaporkan taraf kesihatan yang terkini kepada guru
sebelum menjalankan sebarang aktiviti.
3.1.2 Pelajar mesti memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti
dijalankan.
3.1.3 Pelajar mesti melaporkan taraf kesihatan sekiranya merasa tidak selesa
sewaktu aktiviti dijalankan.
3.1.4 Pelajar hendaklah menunggu arahan guru sebelum aktiviti dimulakan.
3.1.5 Pelajar dilarang melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru.
3.1.6 Pelajar mesti mengikut arahan semasa melakukan aktiviti.
3.1.7 Sekiranya anda merasa tidak selesa atau diluar kemampuan diri semasa
aktiviti sila berhenti dan memberitahu kepada guru.
3.1.8 Pelajar mesti melakukan aktiviti dalam kawasan yang ditentukan.
3.1.9 Pelajar hendaklah melaporkan kerosakan alat sebelum / semasa digunakan
kepada guru / pengawas yang bertugas.
3.1.10 Pelajar hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru yang
bertugas.