Page 380 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 380

38    PENGURUSAN KOKURIKULUM

                       9.1.7  Pelajar  digalakkan  mengambil  bahagian  secara  aktif  dalam  aktiviti  yang
                              diadakan.
                       9.1.8  Ketua  /  pengerusi  unit  /  kelab  mesti  membuat  laporan  dan  kemas  kinikan
                              maklumat perjumpaan dalam buku / fail gerko.

               9.2     Tatacara pemimpin / penasihat

                       9.2.1  Pemimpin / penasihat hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa.
                       9.2.2  Pemimpin / penasihat mesti mengambil kedatangan pelajar setiap sesi.
                       9.2.3  Pemimpin  /  penasihat  Unit  Badan  Beruniform  mesti  mengenakan  Badan
                              Beruniform masing-masing atau pakaian yang sesuai untuk penasihat yang
                              lain.
                       9.2.4  Pemimpin / penasihat mesti mengendalikan perjumpaan mingguan mengikut
                              jadual yang ditetapkan.
                       9.2.5  Pemimpin  /  penasihat  mesti  mengemukakan  aktiviti  /  perancangan  kepada
                              penyelaras sebelum pelaksanaan.
                       9.2.6  Pemimpin / penasihat hendaklah memastikan peraturan sekolah dipatuhi oleh
                              semua pelajar.
                       9.2.7  Pemimpin  /  penasihat  hendaklah memastikan keselamatan  pelajar terkawal
                              sewaktu aktiviti dijalankan.
   375   376   377   378   379   380   381   382   383   384   385