Page 381 - BUKU PENGURUSAN SMK CHANIS 2019
P. 381

PENGURUSAN KOKURIKULUM                   39

                 PANDUAN DAN PERINGATAN TERHADAP SEMUA KEGIATAN KOKURIKULUM SMK
                                                            CHANIS.
                 1.  Semua  kegiatan  (Mesyuarat,  perjumpaan,  pertandingan  dan  semua  jenis  aktiviti
                     termasuk  perkhemahan  dan  lawatan  sambil  belajar  sama  ada  di  luar  atau  di  dalam
                     sekolah) mesti mendapat kebenaran pengetua sebelum kegiatan itu dijalankan.

                 2.  Pelajar yang mengadakan mesyuarat, mengatur perjumpaan dan aktiviti sendiri tanpa
                     kebenaran pengetua sama ada di dalam atau di luar sekolah boleh dilucutkan jawatan
                     atau dibuang dari unit Gerko atau dibuang sekolah.

                 3.  Semua pelajar tidak dibenarkan mengadakan aktiviti selepas jam enam petang kecuali
                     mendapat kebenaran daripada pengetua.
                 4.  Semua aktiviti Gerko mesti tamat jam enam petang.

                 5.  Ketua setiap unit Gerko mesti memastikan semua ahli memakai pakaian yang sesuai
                     semasa aktiviti dijalankan.
                 6.  Murid yang tidak mematuhinya tidak boleh memasuki sekolah dan menyertai aktiviti.
                     Tindakan akan diambil ke atas pelajar tersebut.

                 7.  Setiap ahli unit Gerko mesti meletakkan kenderaan seperti yang ditetapkan iaitu di luar
                     pagar sekolah.

                 8.  Semua aktiviti Gerko mesti diiringi atau disertai oleh guru penasihat.
                 9.  Keselamatan pelajar hendaklah diutamakan pada setiap ketika.

                 10. Berkawad  di  padang  sekolah  dibenarkan kecuali  pada  waktu  hujan  dengan  pakaian
                     yang sesuai.

                 11. Ketua  setiap  unit Gerko  hendaklah  memastikan  tempoh  sesuatu  aktiviti  bersesuaian
                     dan tidak terlalu panjang. Masa berhenti sesuatu aktiviti yang ditetapkan mesti dipatuhi
                     supaya ibu bapa dapat mengambil pelajar balik pada masa yang ditetapkan atau untuk
                     memberi laluan kepada aktiviti lain.

                 12. Semua aktiviti tidak boleh dijalankan di sekolah lain atau tempat lain kecuali dengan
                     kebenaran daripada pengetua diperolehi terlebih dahulu.

                 13. Tidak dibenar sama sekali menyambung talian elektrik sendiri dalam apa jua cara pun
                     sama ada di bilik unit Gerko atau semasa kegiatan Gerko.
                 14. Tidak menggunakan bilik darjah dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran dan
                     ketetapan yang telah dibuat oleh jawatankuasa kokurikulum.

                 15. Ketua  unit  Gerko  atau  guru-guru  penasihat  mestilah  orang  terakhir  meninggalkan
                     tempat aktiviti (selepas memastikan semua dalam keadaan selamat).

                 16. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memanjat masuk atau menceroboh kawasan sekolah
                     pada bila-bila masa.

                 17. Pelajar tidak dibenarkan datang ke sekolah pada awal pagi contohnya pada jam empat
                     atau lima pagi untuk membuat persediaan perkhemahan, jualan kantin, lawatan dan
                     sebagainya.  Persediaan  hanya  boleh  bermula  selepas  jam  tujuh  pagi  dan  dengan
                     kebenaran pengetua terlebih dahulu.

                 18. Pelajar  tidak  dibenarkan  bermalam  di  kawasan  sekolah  kecuali  dengan  kebenaran
                     pengetua secara bertulis dan ada guru bersama sepanjang malam.
   376   377   378   379   380   381   382   383   384   385   386