Page 12 - Efolio kumpulan 6
P. 12
SESUATU YANG DIHARUSKAN
KERANA DARURAT DIHADKAN
MENURUT KADAR DARURAT
SAHAJA
(al-Dharurah Tuqaddir bi Qadariha)
Islam mengharuskan perkara yang
dilarang ketika darurat menolak
kemudaratan kepada manusia,tetapi
tidak patut bagi seorang Muslim
mengambil peluang untuk terus-
menerus berasa selesa dan senang
dengan sesuatu yang haram atas alasan
darurat.Kaedah ini membawa maksud
bahawa keharusan perkara yang
dilarang ketika darurat tersebut adalah
mengikut kadar keperluannya.
Justeru,ditekankan bahawa kaedah darurat
mengharuskan yang dilarang tetap terikat
dengan kaedah ini mengemaskinikan cara
perlaksanaannya agar kaedah itu tidak
disalahgunakan.Contohnya,dalam kaedah
ini seorang wanita tidak diharuskan pergi
mendapatkan rawatan dari doktor lelaki
sedangkan pada masa itu masih terdapat
lagi doktor wanita yang boleh merawatnya.
| 1 1