Page 7 - Efolio kumpulan 6
P. 7
KEMUDARATAN HENDAKLAH
DIHILANGKAN
Kemudaratan merujuk kepada impak buruk atau
negatif menurut perspektif agama yang
menyebabkan sukar untuk mencapai kepentingan
asasi kehidupan manusia yang melibatkan agama ,
nyawa, keturunan, akal dan harta . Dalam hal ini ,
kaedah ini sebenarnya menjelaskan bahawa setiap
perkara yang mendatangkan bahaya dan mudarat
hendaklah dihapuskan seperti hadis Rasulullah SAW
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yg
bermaksud :
" Islam itu tidak boleh bahaya dan membahayakan "
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Tindakan yang boleh memudartkan sama ada kepada
orang lain , diri sendiri atau alam sekitar adalah
haram mengikut ajaran islam . Dalam masa yang
sama , islam mengharamkan membalas sesuatu
tindakan daripada yang dilakukan oleh pihak lain
yang boleh memberi kemudaratan.
Sebagai contoh , dalam bidang perubatan seperti
pembedahan plastik dan kosmetik islam hanya
membenarkan sesuatu yang bertujuan perubatan
dan kesihatan semata mata . Tujuan lain seperti
untuk menghias diri adalah diharamkan . Jika
tujuannya untuk memperbaiki organ tubuh yg rosak
akibat kemalangan dan menyembuhkan kecacatan
tubuh manusia yg normal . Selain itu, kemudaratan
dengan merujuk kepada kesan buruk menurut
perspektif agama disamping sistem piawaian
berdasarkan norma masyarakat yang tidak
bercanggah dengan tujuan dan prinsip syariat .
Sebagai contoh, penetapan batasan aurat kapada lelaki
dan perempuan kerana kegagal mematuhi etika ini akan
mengundang kemudaratan kapda sistem nilai manusia .
Pelbagai fesyen pakaian menyerupai suatu
kemaslahatan kepada konsep mengahayati kecantikan
dan keindahan,namun begitu fesyen pakaian yang boleh
memudaratkan pandangan perasaan akal dan hati
walaupun masyrakat mengiktiraf fesyen tersebut maka
tetap haram dalam islam.
| 0 6