Page 151 - MANUAL PENGURUSAN
P. 151

MANUAL PENGURUSAN                   2019





                   5.1  Fail GKMP
                   5.2  Fail Mata Pelajaran
               6.  Pada keseluruhannya GKMP bertanggungjawab  atas semua hal yang berhubung dengan
                   bidang akademik di bawah jabatannya.
               7.  Menjadi ahli Jawatankuasa Perancang Jadual Waktu Sekolah.
               8.  Memastikan semua guru memberi kerja / latihan yang secukupnya sama ada di dalam bilik
                   darjah mahupun sebagai kerja rumah.
               9.  GKMP dikehendaki menentukan peperiksaan dalam mata pelajaran tertentu adalah sesuai
                   dengan kehendak-kehendak sukatan pelajaran.
               10. GKMP bertanggungjawab menentukan pemilihan mata pelajaran untuk peperiksaan sesuai
                   dengan  kepentingan  pelajar-pelajar.  Penentuan  ini  hendaklah  dirujuk  kepada  Pengetua
                   terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan dibuat.
               11. Menyimpan rekod perkhidmatan Ketua-ketua Panitia Mata Pelajaran dan guru-guru mata
                   pelajaran di bawah jabatannya.
               12. Memastikan guru-guru menggunakan Sukatan Pelajaran yang terkini.
               13. Memastikan  penggunaan  alat  bantu  mengajar  dan  kaedah-kaedah  pengajaran  yang  di
                   kemaskini.
               14. Memastikan rancangan pelajaran tahunan, dan rancangan pelajaran harian disediakan oleh
                   ahli-ahli.
               15. Menganalisis  keputusan  peperiksaan  bagi  mata  pelajaran  berkenaan  dan  mengkaji  serta
                   mencari  jalan  untuk  memajukan  taraf  pencapaian  dari  semasa  ke  semasa  seperti
                   mengadakan:
                   15.1  Kelas-kelas tambahan
                   15.2  Ceramah-ceramah menjawab soalan.
                   15.3  Peraduan-peraduan, kuiz
                   15.4  Bahas
               16. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-kertas
                   jawapan.
               17. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau
                   rujukan guru dengan perakuannya kepada Pengetua.
               18. Dengan  bantuan  Ketua-ketua  Panitia,  mengkaji  dan  menilai  buku  teks  yang  baru  untuk
                   dipilih dan digunakan oleh sekolah.
               19. Memberi  kerjasama  kepada  Jawatankuasa  SPBT  untuk  menjaga  keselamatan  buku  teks
                   yang digunakan.
               20. Dengan bantuan Ketua-ketua Panitia, bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau
                   alat-alat untuk pameran-pameran jika ada.
               21. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap tingkatan jika diperlukan.
               22. Mengadakan  tindak  balas  kepada  setiap  perubahan  baharu  yang  diperlukan  seperti
                   sukatan pelajaran baharu, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baharu jika ada.
               23. Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persetujuan pihak sekolah.
               24. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi murid-murid.
               25. Mengadakan dan melaksanakan peraturan-peraturan Panitia.
               26. Mengadakan  mesyuarat  dengan  Ketua  Panitia  mata  pelajaran  sekurang-kurangnya
                   sepenggal sekali atau lebih kerap lagi.
               27. Mengadakan mesyuarat dengan semua Ketua Panitia mata pelajaran sekurang-kurangnya
                   sekali  dalam  sepenggal.  Matlamat  mesyuarat  adalah  untuk  mencari  jalan  meningkatkan
                   prestasi tiap-tiap mata pelajaran



                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    136
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156