Page 153 - MANUAL PENGURUSAN
P. 153
MANUAL PENGURUSAN 2019
para pelajar dan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
3.4 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir buku teks untuk kegunaan
pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan
pelajaran dan tahap kebolehan mereka.
3.5 Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang
disediakan bagi tiap-tiap tingkatan dan jika perlu menubuhkan bank soalan.
3.6 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap
tiap peperiksaan berasaskan sekolah khususnya peperiksaan pertengahan dan
akhir tahun, dan mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
pengajaran dan pembelajaran.
3.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ad hoc bila dan
jika perlu.
3.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal
atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau
isu-isu berkaitan seperti masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar,
mencari penyelesaian kepada masalah atau isu-isu tersebut.
3.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan yang baru diperoleh setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
3.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan
menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran.
3.11 Bekerjasama dengan panitia-panitia lain dan membantunya dalam usaha
memajukan pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran tertentu.
3.12 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran , pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.
3.13 Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.
3.14 Menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat
menyurat atau rekod-rekod yang berkaitan.
5. TUGAS-TUGAS LAIN
5.1 Menyampaikan laporan prestasi mata pelajaran kepada Pengetua,
setiausaha, Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan GKMP. Laporan itu
hendaklah mengandungi:Laporan prestasi mata pelajaran.
5.2 Melantik seorang guru dalam panitia sebagai penyelaras dalam sesuatu
tingkatan. Guru itu bertanggungjawab kepada Ketua Panitia bagi
menguruskan dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan sesuatu tingkatan.
5.3 Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan kertas soalan
Peperiksaan dan memeriksa skrip pelajar-pelajar bagi tiap-tiap peperiksaan
yang diadakan.
6. GURU PANITIA
6.1 Mengajar mata pelajaran mengikut jumlah waktu dan kelas yang ditetapkan.
6.2 Mengemas kini pengetahuan mengenai hal-hal berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar dari segi perubahan sukatan pelajaran,nombor kod mata
pelajaran dan sebagainya.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 138