Page 152 - MANUAL PENGURUSAN
P. 152
MANUAL PENGURUSAN 2019
28. Menentukan semua soalan dalam peperiksaan dalaman telah dirancang dan dibina dengan
teliti dan disediakan sesuai dengan matlamat peperiksaan diadakan.
29. Bertanggungjawab menentukan pemilihan mata pelajaran untuk peperiksaan adalah sesuai
dengan kepentingan masa depan para pelajar.
30. Bertanggungjawab menyediakan anggaran jabatannya untuk disampaikan kepada
Pengetua pada awal penggal persekolahan.
31. Bertanggungjawab mengumpul semua alatan, fail alatan mengajar dan harta-harta lain
kepunyaan sekolah kepada Pengetua atau wakilnya.
32. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dan ditentukan oleh Pengetua dari semasa ke
semasa.
KETUA PANITIA
1. STRUKTUR DAN ORGANISASI
1.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan iktisas yang dianggotai oleh semua guru
yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.
1.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang
dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Pengetua sekolah.
1.3 Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automatik menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka mewakili panitia mata pelajaran masing-
masing dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung antara ahli-
ahli panitia dengan Pengetua.
1.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia dalam perjumpaan-
perjumpaannya berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan
pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panitia kepada Pengetua sekolah sama ada
untuk mendapat penyelesaian atau makluman.
2. TUJUAN PANITIA MATA PELAJARAN
2.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
2.2 Berikhtiar untuk mendapat strategi mengajar yang inovatif dan boleh
mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap
pembelajaran.
2.3 Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan sekolah
dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan
kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
2.4 Mewujudkan semangat kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan
persatuan atau kelab akademik
3. PERANAN KETUA PANITIA
3.1 Memperoleh Sukatan Pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia.
3.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-dua penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan antara guru dalam sesuatu
tingkatan di mana ada kaitan.
3.3 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 137