Page 196 - MANUAL PENGURUSAN
P. 196

MANUAL PENGURUSAN                   2019




                                                   SSDM 2.0


                                 (Sistem Sahsiah Diri Murid)




               1.  PENGENALAN


               SSDM 2.0  merupakan  singkatan  kepada Sistem  Sahsiah  Diri  Murid merupakan  penambahbaikan
               Sistem Salahlaku Disiplin Murid yang lama. Jika dahulu kita merekod masalah salahlaku disiplin murid
               semata-mata, kini dengan versi 2.0, Amalan Baik turut direkodkan. Sistem ini mementingkan Amalan
               Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal
               mencorakkan negara pada masa hadapan. Sistem ini akan memasukkan elemen mata (markah) dan status
               sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

                                                      LAMAN WEB
                                           https://ssdm.moe.gov.my/


               2.  TUJUAN
               Antara tujuan sistem ini adalah untuk:
                      i.      Menambahbaik sistem SSDM sedia ada.
                      ii.     Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat
                              Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
                      iii.    Membantu  pihak  sekolah  dalam  memantapkan  pengurusan  disiplin  selaras  dengan
                              perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
                      iv.     Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh
                              Guru Bimbingan dan Kaunseling.
                      v.      Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / PK HEM,
                              Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
                      vi.     Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.


               3.  PROSES KERJA

                   3.1    Perekodan Kes Salah Laku
                      i.      Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
                      ii.     Ketua Guru Disiplin / PK HEM menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan
                              hukuman.
                      iii.    Pengetua boleh sama ada menukar hukuman, dan mengesahkan hukuman.
                      iv.     Ketua Guru Disiplin / PK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan
                              oleh Pengetua.
                      v.      Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
                      vi.     Guru  Bimbingan  dan  Kaunseling  akan  menjalankan  sesi  bimbingan  dan  kaunseling
                              terhadap murid-murid tersebut.

                   3.2    Perekodan Amalan Baik
                       i.     Guru melaporkan amalan baik murid ke dalam sistem.
                      ii.     Sistem  akan  memproses  mata  (markah)  dan  mengeluarkan  pelaporan  Status  Sahsiah
                              murid.






                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    181
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201