Page 197 - MANUAL PENGURUSAN
P. 197

MANUAL PENGURUSAN                   2019




               4.  LATAR BELAKANG  SSDM 2.0


               4.1    CIRI-CIRI

                      4.1.1                 PANGKALAN DATA DISIPLIN

                              SSDM 2.0 akan menjadi pangkalan data tunggal pengurusan disiplin murid, daripada
                              peringkat sekolah hingga peringkat nasional. Data-data dalam sistem ini akan dijadikan
                              rujukan oleh semua pihak yang berkepentingan dengan pendidikan.

                      4.1.2                 SISTEM PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN

                              Data-data  dalam  sistem  ini  boleh  dijadikan  asas  dalam  memantau  tahap  disiplin  dan
                              sahsiah murid, seterusnya semua pihak boleh berganding bahu dalam usaha membantu
                              murid-murid, terutama yang bermasalah disiplin, ke arah kecemerlangan sahsiah diri dan
                              akademik.

                      4.1.3  MENGUTAMAKAN AMALAN BAIK

                              Sistem ini mengutamakan  Amalan Baik sebagai proses pembentukan sahsiah. Murid-
                              murid akan digalakkan melakukan Amalan Baik untuk mengingkatkan  status sahsiah
                              diri.  Dengan  pemupukan  Amalan  Baik  ini,  diharap  dapat  mengawal  kecenderungan
                              murid-murid melakukan kesalahan disiplin dari semasa ke semasa.

                      4.1.4  PENGUKURAN SAHSIAH

                              Dalam  mengklasifikasikan  sahsiah  murid-murid,  sistem  mata  (markah)  diperkenalkan.
                              Klasifikasi berasaskan sistem mata ini boleh digunakan dalam membantu murid-murid,
                              terutama yang „hight risk’, untuk meningkatkan status sahsiah ke arah yang lebih baik.
                              Mana  kala  murid-murid  yang  „Baik‟  akan  digalakkan  untuk  mencapai  status  sahsiah
                              „Amat Baik‟ dan „Terpuji‟. 5 Status Sahsiah ialah:

                              i.   Terpuji
                              ii.  Amat Baik
                              iii.  Baik
                              iv.  Perlukan Perhatian
                              v.  Perlukan Perhatian Serius

                      4.1.5  KAWALAN SISTEM

                              Sistem ini akan mengawal tindakan / hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling
                              Ikhtisas  serta  peraturan-peraturan  bagi  mengelakkan  ketidakpuasan  hati  masyarakat.
                              Selain itu, sistem juga akan mengeluarkan surat-surat amaran dan makluman tindakan
                              dalam bentuk yang seragam dan standard, dan dicetak secara automasi.

                      4.1.6  KES KHAS

                              Tambahan  perkara  dalam  senarai  salah  laku  telah  dibuat,  yang  merujuk  kepada  Kes
                              Khas, iaitu kes-kes yang hanya untuk dilaporkan, dan bukan untuk diambil tindakan /
                              hukuman oleh pihak sekolah. Senarai kes khas ini dibuat dengan mengambil kira Surat
                              Pekeliling  Ikhtisas  serta  keperluan  data-data  kementerian  untuk  dilaporkan  kepada
                              Parlimen.




                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    182
   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202