Page 198 - MANUAL PENGURUSAN
P. 198
MANUAL PENGURUSAN 2019
4.1.7 MESRA PENGGUNA
Sistem ini dibina dengan mengambil kira aspek „mesra pengguna’. Kemudahan-
kemudahan dan capaian sistem yang „mesra pengguna‟ ini diharap dapat meyakinkan
guru-guru untuk meggunakan sistem ini tahap yang maksimum, sekali gus
menghidangkan data-data nasional yang lebih tepat.
4.1.8 MUDAH DIAKSES
Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama guru di sekolah, selain PPD, JPN,
KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain penggunaan laptop dan komputer, sistem ini
dirancang penggunaannya hingga capaian android dan smart phone.
4.1.9 MELIBATKAN SEMUA PIHAK YANG BERKEPENTINGAN
Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam kalangan semua pihak yang
berkepentingan dengan pendidikan, sama ada murid-murid, penjaga, guru-guru,
pegawai-pegawai PPD, JPN dan KPM.
4.2 OPERASI SISTEM
4.2.1 WEB (ONLINE)
Sistem ini adalah berasaskan „Web‟, yang boleh diakses oleh guru-guru, Ketua Guru
Disiplin / PK HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua, Pegawai-pegawai PPD,
JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga dengan agihan dan pecahan tugas yang jelas.
Terdapat 5 jenis guru yang boleh login ke dalam sistem ini, sama ada di Sekolah
Rendah atau Sekolah Menengah iaitu:
1. Guru Biasa
2. Ketua Guru Disiplin
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling
4. Penolong Kanan HEM
5. Guru Besar atau Pengetua
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 183