Page 24 - MANUAL PENGURUSAN
P. 24

MANUAL PENGURUSAN                  2019



               MANUAL  KESELAMATAN  MENGHADAPI  KEBAKARAN

               Kebakaran berlaku disebabkan oleh litar pintas, pembakaran terbuka atau kecuaian
               pengguna.

               Panduan Menghadapi Kebakaran


                  1.  Jangan  panik  dan  laporkan  kepada  guru  dengan  segera  sekiranya  ada  kelihatan
                      tanda-tanda kebakaran.
                  2.  Tutup suis utama di dalam kelas.
                  3.  Susun kerusi meja supaya ada ruang laluan.
                  4.  Murid-murid  diminta  meninggalkan  kelas  segera  apabila  mendengar  loceng
                      kecemasan.
                  5.  Sila tutup pintu dan tingkap jika ada kesempatan.
                  6.  Ikut laluan kecemasan yang telah disediakan ke tempat berkumpul yang   selamat
                      seperti yang telah ditetapkan.
                  7.  Ketua  kelas  memastikan  bilangan  murid  menyamai  jumlah  kehadiran  pada  hari
                      tersebut.
                  8.  Laporkan kepada guru sekiranya bilangan ahli kelas tidak mencukupi.
                  9.  Guru kelas semak kehadiran murid.
                  10. Pihak  pentadbir  sekolah  dikehendaki  menghubungi  pasukan  Bomba  dan
                      Penyelamat.
                  11. Menjerit meminta tolong sekiranya murid terperangkap.
                  12. Jangan lari ke dalam bilik air atau tandas.
                  13. Jika asap tebal, hendaklah merangkak keluar.
                  14. Sekiranya ada murid terbakar, ambil tindakan segera dengan menyuruh   murid
                      bergolek di atas lantai. Siram atau jiruskan air.
                  15. Guru atau Pasukan Kadet Bomba boleh menggunakan alat pemadam api  sekiranya
                      kebakaran kecil atau menunggu kedatangan pihak bomba dan penyelamat.
                  16. Hantar  ke  hospital  dengan  segera  sekiranya  ada  murid  yang  mengalami
                      kecederaaan.
                  17. Pihak sekolah segera hubungi ibu bapa murid yang terlibat.
                  18. Buat laporan polis sekiranya kecederaaan serius.
                  19. Buat tuntutan insurans kebakaran takaful dengan menyediakan:
                         a.  Slip hospital
                         b.  Laporan Polis
                         c.  Borang Takaful yang lengkap.










                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    23
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29