Page 25 - MANUAL PENGURUSAN
P. 25
MANUAL PENGURUSAN 2019
Panduan Menghadapi Ribut, Puting Beliung dan Angin Kencang
Ribut atau taufan ialah tiupan angin kencang yang boleh mengakibatkan
kemusnahan bangunan, harta benda, tumbuh-tumbuhan dan mengancam nyawa.
Keadaan ini lazimnya berlaku secara tiba-tiba dan dalam tempoh sekelip mata.
1 Jangan panik.
2 Murid hendaklah berada di dalam kelas atau di tempat yang selamat.
3 Tutup tingkap dan pintu.
4 Jangan hiraukan loceng sekolah yang biasa kecuali loceng kecemasan.
5 Patuhi arahan pihak sekolah.
6 Jauhkan diri dari tempat yang memungkinkan kemalangan.
7 Utamakan keselamatan diri.
8 Sekiranya perlu berpindah, sila bawa barangan penting sahaja.
9 Jauhkan diri daripada bahan api dan barangan logam.
10 Jauhkan diri daripada cermin-cermin dan tingkap bercermin.
11 Murid-murid dilarang bermain di padang atau di tempat-tempat yang lapang.
12 Sekiranya berada di luar bangunan, jangan berlindung di bawah pokok besar,
bangsal terbuka dan kawasan tanah tinggi, sebaliknya segera selamatkan diri
ke bangunan tertutup yang berhampiran.
13 Pengetua hendaklah mendapatkan bantuan dari pihak tertentu sekiranya
berlaku kecederaan atau kemalangan.
Panduan Menghadapi Perubahan Cuaca
Perubahan cuaca berlaku daripada panas kepada hujan dan sebaliknya.
Kemarau atau panas berpanjangan: merupakan keadaan panas berpanjangan
akibat hujan tidak turun dalam jangka masa yang panjang, suhu meningkat, bumi
kering, udara berdebu, tumbuh-tumbuhan kering dan mudah berlaku kebakaran.
1 Elakkan aktiviti luar.
2 Perlu banyak minum air.
3 Sekiranya ada tanda-tanda gangguan kesihatan, dapatkan
pemeriksaan perubatan dengan segera.
Jerebu: merupakan satu keadaan di mana ruang udara diselubungi dengan debu
akibat daripada pembakaran terbuka, asap dari kenderaan, kilang dan sebagainya.
1 Elakkan daripada aktiviti pembakaran secara terbuka.
2 Gunakan corong pernafasan.
3 Elakkan daripada terdedah kepada udara luar.
4 Sekiranya ada tanda-tanda gangguan kesihatan, dapatkan pemeriksaan
perubatan dengan segera.
5 Sentiasa memasang lampu apabila menunggang motorsikal atau basikal.
6 Jangan berpakaian yang berwarna gelap.
BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my 24