Page 26 - MANUAL PENGURUSAN
P. 26

MANUAL PENGURUSAN                  2019



                             Hujan:
                             1  Jangan bermain hujan.
                             2  Jangan berpayung ketika menunggang basikal atau motorsikal.
                             3  Sentiasa bersedia membawa peralatan seperti baju hujan, payung dan
                                 sebagainya.
                             4  Berjalan dengan cermat kerana jalan licin dan mudah tergelincir.
                             5  Jika berpayung, pegang payung dengan betul supaya tidak terhalang
                                 pandangan  hadapan dan gunakan payung yang berwarna terang.


                      Panduan Menghadapi Wabak Penyakit

                      Wabak penyakit berlaku akibat dari jangkitan kuman dan keracunan makanan akibat
                      dari kurang penjagaan kebersihan, persekitaran dan kebersihan diri.

                             Penyakit Berjangkit:
                             1.  Ibu bapa wajib memaklumkan taraf kesihatan murid kepada pihak
                                 sekolah.
                             2.  Dapatkan rawatan perubatan.
                             3.  Dapatkan surat cuti sakit dan serahkan kepada pihak sekolah.
                             4.  Sekiranya tinggal di asrama, murid akan dihantar balik ke rumah.
                             5.  Maklumkan kepada warden asrama.
                             6.  Jangan berkongsi pakaian dan peralatan mandi dengan rakan-rakan.
                             7.  Murid dinasihatkan supaya mengutamakan kebersihan diri,
                             8.  pakaian dan tempat tinggal.
                             9.  Prihatin terhadap poster-poster dan informasi kesihatan.
                             10. Pihak sekolah hendaklah mengadakan ceramah kesedaran kesihatan.

                             Keracunan Makanan:
                             1.  Laporkan segera kepada guru bertugas atau guru kelas.
                             2.  Jangan mengambil sebarang ubat tanpa nasihat daripada doktor.
                             3.  Minum sebanyak mungkin air yang telah dimasak.
                             4.  Segera ke hospital atau pusat kesihatan.
                             5.  Buat aduan ke pejabat kesihatan.
                             6.  Maklumkan kepada ibu bapa.
                             7.  Murid dinasihati supaya berehat di rumah atau di hospital sehingga pulih
                                 seperti biasa.
                             8.  Kantin atau dewan makan hendaklah ditutup atas arahan Pengetua.







                                         BEA5070| SMK BANDAR SUNGAI BUAYA| bea5070@btpnsel.edu.my    25
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31