Page 3 - BUKU PROGRAM OLAHRAGA PKP JEJAWI 2023
P. 3

Kejohanan Olahraga PKP Jejawi Kali Ke 29 Tahun 2023

        mengiktiraf  keboleh  mampuan  berfikir  dalam  menjana
        kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia.
               Kejohanan  Olahraga  ini  adalah  salah  satu
        daripada  usaha  sekolah-sekolah  PKP  Jejawi  dalam
        memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap
        murid berupaya memberi kesan berganda dalam bidang
        pembelajaran.  Ini  secara  tidak  langsung  dapat
        melonjakkan  pencapaian  murid-murid  dalam  bidang
        akademik  dan  kokurikulum  khasnya. Badan  sihat  otak
        cerdas  boleh  dikaitkan  dengan  aktiviti-aktiviti  jasmani
        yang  diadakan  di  sekolah.  Elemen  ini  sangat  dititik
        beratkan oleh pihak sekolah bagi melahirkan insan yang
        seimbang  dari  segi  jasmani,  emosi,  intelektual  dan
        rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal
        kita  lahirkan  pada  hari  ini  dan  juga  pada  masa  akan
        datang.  Maka akan lahirlah murid minda kelas pertama
        yang senantiasa kita harapkan.

               Saya  ingin    mengucapkan  selamat  bertanding
        kepada semua atlet daripada setiap sekolah. Kalah atau
        menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang
        kental itu yang perlu ada dalam setiap jiwa mereka..
               Kepada  ibu  bapa,  saya  mengharapkan  berikan
        sokongan kepada anak-anak  untuk bergiat cergas dalam
        aktiviti  kokurikulum  kerana  potensi  dan  penglibatan
        dalam  bidang  kokurikulum  akan  membantu  mereka
                               3
   1   2   3   4   5   6   7   8