Page 6 - BUKU PROGRAM OLAHRAGA PKP JEJAWI 2023
P. 6

Kejohanan Olahraga PKP Jejawi Kali Ke 29 Tahun 2023

        LATAR BELAKANG PROGRAM

        Kejohanan  Olahraga  Pusat  Kecemerlangan  Pendidikan
        (PKP)    Tahun  2023  merupakan  program  tahunan  PKP.
        Acara padang merupakan aktiviti  Dasar 1 Murid 1 Sukan
        (1M1S)  dan  memainkan  penting  dalam  pembangunan
        individu. Melalui acara sukan, peserta bukan sahaja dapat
        mencapai  kecemerlangan  dalam  bidang  ini,  malah  juga
        dalam  pengalaman  lain  seperti  sosial,  kepimpinan  serta
        dapat  mendisiplinkan  diri  selaras  dengan  Falsafah
        Pendidikan Kebangsaan, Acara balapan dan padang dilihat
        dapat  menggalakkan  pertumbuhan  kanak-kanak  yang
        cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan
        sosial.   Melalui  kejohanan  ini  diharapkan  dapat
        menggalakkan  pembangunan  diri  peserta-peserta  PKP
        Jejawi  mencapai  ke  arah  matlamat  Falsafah  Pendidikan
        Kebangsaan.   Kejohanan  ini  akan  berlangsung  pada
        17/8/2023  di  SK  Oran  21/8/2023  bertempat  di  Mini
        Stadium Syed Hassan, Kangar, Perlis.







                               6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11