Page 5 - BUKU PROGRAM OLAHRAGA PKP JEJAWI 2023
P. 5

Kejohanan Olahraga PKP Jejawi Kali Ke 29 Tahun 2023

                           KATA ALUAN
                      PENGELOLA KEJOHANAN

        Terima kasih diucapkan  kerana  memberi peluang kepada saya
        untuk  mengucapkan  sepatah  dua  kata  dalam  buku  program
        kejohanan olahraga pada tahun ini.
               Kejohanan  Olahraga  merupakan  aktiviti  tahunan
        kepada PKP Jejawi. Ia merupakan salah satu tanda usaha bagi
        mencungkil  dan  melahirkan  bakat-bakat  baru  dan  menjadi
        pelapis bagi pemilihan wakil PKP. Oleh itu, kita berharap atlet-
        atlet  yang  terpilih  dapat  mengharumkan  nama  PKP  Jejawi  di
        peringkat MSSPs dan juga peringkat MSSM.
               Kejohanan  olahraga  ini  bukan  semata-mata  untuk
        menentukan  juara  atau  pemenang-pemenang  sesuatu  acara
        sebaliknya  lebih  menitikberatkan  usaha,  ketekunan  dan
        kegigihan anak murid atau atlet-atlet untuk mencapai kejayaan
        dalam sesuatu bidang. “Usaha merupakan kunci kejayaan” tiada
        sesiapa  pun  yang  akan  mencapai  kejayaan  tanpa  usaha  yang
        gigih.  Di kesempatan ini juga, saya ingin  mengucapkan tahniah
        kepada semua warga PKP Jejawi khususnya guru-guru yang telah
        bertungkus-lumus  untuk  menjayakan  Kejohanan  Olahraga  PKP
        Jejawi kali ini.  Akhir kata, semoga objektif kejohanan olahraga ini
        dapat  dicapai  dan  memberi  dorongan  kepada  semua  murid
        untuk  terus  bergiat  aktif  deangan  cemerlang  dalam  bidang
        sukan.

        LEONG YONG SIANG

        Pengelola Kejohanan Olahraga
        PKP Jejawi
                               5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10