Page 3 - Buku Program Karnival Sukan SRiM 2018 (pdf)
P. 3
KATA ALUAN MUDIRAH
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha
mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan seke-
lian alam. Selawat serta salam atas junjungan Nabi
Muhammad saw, keluarganya, para sahabat & tabi’tabien.
Tahniah & terima kasih diucapkan kepada pihak PIBG dan PSG
kerana telah berjaya melaksanakan Karnival Sukan SRiM 2018. Pihak
sekolah amat mengagumi susah payah sukarelawan dikalangan ibu
bapa yang telah berusaha gigih demi menjayakan Karnival Sukan ini.
Antara objektif program ini dilaksanakan ialah untuk menggalakkan
pernyertaan ramai murid dalam aktiviti sukan yang diadakan, men-
erapkan gaya hidup yang sihat melalui sukan, mewujudkan suasana
harmoni, muhibbah, bertimbang rasa dan semangat kesukanan di-
kalangan peserta dan yang terakhir mempertingkatkan prestasi su-
kan dengan lebih berkesan dan cemerlang agar dapat diketengah-
kan mewakili sekolah ke pertandingan peringkat yang lebih tinggi.
Penglibatan daripada pihak murid, ibubapa dan guru ini sudah tentu
memberi banyak menafaat terutamanya merapatkan hubungan sesa-
ma kita. Jalinan hubungan dan kerjasama yang baik ini perlu diteruskan
dimasa akan datang samada dalam program anjuran SRiM atau PIBG.
Kemenangan dan kekalahan adalah adat dalam sesuatu
pertandingan, justeru itu didiklah anak-anak kita untuk tidak an-
gkuh dan sombong apabila mencapai kejayaan atau kemenan-
gan dan redha serta sabar apabila menerima kekalahan.
Akhir kata, saya mendoakan agar Karnival Sukan SRiM 2018 dapat
memberikan impak yang baik kepada murid, guru dan ibubapa.
Sekian, jazakumullah khairan kathira.
Pn. Mazlina Bt Abu Bakar
Pengetua Sekolah Rendah i-Musleh Melaka
1