Page 5 - Buku Program Karnival Sukan SRiM 2018 (pdf)
P. 5

KATA ALUAN PENGARAH PROJEK


                      Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan atas
                      limpah kurniaNya  maka dapat kita  menganjurkan
                      Karnival Sukan SRiM yang julung-julung kali diadakan ini.
                      Terima kasih juga kerana  memberi peluang kepada saya
                      selaku pengarah karnival untuk menyampaikan sepatah
                      dua kata dalam buku program Karnival Sukan SRiM ini.

       Aktiviti  fizikal    merupakan  suatu  yang  sangat  penting  dalam  kehidupan
       anak-anak  kita.  Jika  kita  pisahkan  aktiviti  fizikal  dengan  anak-anak  ini,
       maka mereka akan mencari peluang lain yang mudah dan pantas iaitu
       kebergantungan yang tinggi kepada gajet Akibatnya, mereka  ini menjadi
        tidak pandai untuk bermain apatah lagi bersosial bersama rakan-rakan mereka.

       Sebagai ibu bapa, penjaga dan guru yang prihatin terhadap kesihatan
       anak-anak ini, kita perlulah memainkan peranan dalam mengajak anak-anak
       untuk aktif secara fizikal setiap hari.Ibu bapa harus terus memupuk minat dan
       semangat kesukanan kepada anak-anak agar mereka mempunyai semangat
       daya saing yang tinggi, minda yang aktif dan ceria. Perkembangan emosi yang
       baik dapat membantu mereka menghadapi kehidupan dunia sebenar yang
       sangat mencabar.  Justeru itu, kita  harus  mempersiapkan    anak-anak  ini  dari
       segenap segi agar mereka  mampu bersaing  dengan cabaran-cabaran diluar

       Selain  daripada  itu,  saya  berharap  agar  Karnival  Sukan  SRiM  yang
       dianjurkan ini juga dapat melahirkan mutiara kesukanan yang akan
       menyinar dan mampu mengharumkan nama Sekolah Rendah I Mus-
       leh  Melaka.  Kejayaan  anak  anak  menyertai  karnival  pada  kali  ini  juga,
       bagi saya sudah melayakkan mereka semua dikalungi pingat tahniah.

       Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat
       secara langsung maupun tidak termasuk PIBG, pihak sekolah , ibu bapa dan
       anak-anak SRiM yang sama-sama memberi sokongan dalam bentuk tenaga,
       idea dan kewangan dalam menjayakan Kanival Sukan SRiM ini. Semoga aktiviti
       sukan akan terus menjadi satu aktiviti penting di sekolah dan anak-anak juga
       berpeluang untuk memasuki pertandingan-pertadingan yang diadakan. Akhir
       kata, adalah diharapkan SRiM akan terus maju dan mampu bersaing dengan
       sekolah-sekolah bukan sahaja dalam akademik malah  dalam bidang sukan juga.

       Pn Sharifah Noorin Alhabshi
       Pengarah Projek Karnival Sukan SRIM 2018





                                          3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10