Page 4 - Buku Program Karnival Sukan SRiM 2018 (pdf)
P. 4
KATA ALUAN PENGERUSI PIBG
Alhamdulillah, hasil dari Mesyuarat Agung PIBG 2018, salah
satu agenda kita adalah mewujudkan “Parent Support Group
(PSG)” bertujuan untuk merapatkan hubungan dan menye-
diakan platform untuk ibubapa menyumbang kepada sekolah
Kami PIBG sangat berbesar hati kerana telah banyak program yang
telah dilaksanakan dan dibantu oleh PSG antaranya Program Parent-
ing oleh Fatimah Syarha, jualan dana untuk sekolah dan aktiviti PIBG,
ceramah-ceramah motivasi pelajar darjah 6 dan yang terbaru ialah
program yang dilaksanakan pada hari ini iaitu Karnival Sukan SRiM.
Untuk makluman semua, karnival sukan ini, telah berjaya
mencapai objekti yang PIBG ingin capai iaitu kita dapat
menyatukan ibubapa dan guru-guru di dalam menjayakan program sukan
yang agak istimewa ini. Aktiviti sukan kali ini kita mengetengahkan sukan
seperti Memanah, Futsal, Bola Jaring dan permainan tradisional Melayu.
Alhamdulillah, kita amat beruntung kerana SRiM dapat menerima perubah-
an, membuka tangan dan fikiran. SRiM melihat program-program yang dapat
menyatukan ibubapa adalah satu batu loncatan yang positif bagi mencapai
visi dan misi SRiM. Selain itu, usaha kepada wujudnya bangunan kekal untuk sekolah
akan lebih terbuka luas dengan adanya pemahaman dan dokongan ib ubapa.
Aktiviti-aktiviti sukan ini diperkuatkan dengan maksud hadis di bawah :
“Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh daripada Mukmin yang
lemah; dan pada keduanya ada kebaikan.”
Hadis Riwayat Muslim
Hadis di atas adalah peri pentingnya seorang mukmin yang kuat. Maka, kita
amat berharap aktiviti sukan bukan hanya sekadar acara tahunan tetapi
sebagai satu aktiviti bagi kita di dalam meningkatkan
kesihatan dan seterusnya meningkatkan produksi diri dan keluarga.
Akhir kata, kami PIBG amat berterima kasih kepada semua pihak iaitu pihak
sekolah yang terdiri dari guru-guru, staf sokongan, ibubapa, ahli jawatankuasa
PIBG dan anak-anak yang dikasihi sekalian. Jazakallahu Khairan Khatiran
Dr. Mohd Sanusi bin Azmi
Pengerusi PIBG SRIM 2016 - 2018
2