Page 21 - COMPLETE REPORT SMASH KIK KEBANGSAAN JBPM 2021
P. 21
SMASH bernilai komersial yang tinggi untuk dijual kepada sesiapa sahaja kepada
sesiapa yang memerlukan. Bukan sahaja untuk operasi kebombaan dan penyelamatan malah
berguna kepada masyarakat yang mahu mewujudkan suasana persekitaran yang selamat
daripada ancaman virus yang berbahaya kepada kesihatan manusia.
KIK STARPARK telah mereplikasi dan ditawarkan dengan harga RM200.00 seunit serta
dalam proses pengilang untuk tujuan komersial. R.O.I SMASH yang terjual adalah sebanyak
42% dengan keuntungan bersih sebanyak RM600.00.
KESIMPULAN
Projek SMASH KIK Primer KIK STARPARK telah menghasilkan inovasi dalam bidang
kejuruteraan pembuatan yang menambah kaedah sanitasi. SMASH bukan sahaja berupaya
meningkatkan keupayaan tahap kesiapsiagaan jentera bomba dan penyelamat tetapi dapat
juga mengurangkan risiko-risiko jangkitan Covid-19, sakit akibat tekanan beban dan
mengelakkan kerosakan elektronik dalam jentera. Malah SMASH boleh digunakan oleh
masyarakat dunia kerana alat ini mempunyai kepelbagaian fungsi dan boleh digunakan di
mana-mana sahaja lokasi atau tempat. Dalam pemprosesan projek SMASH, pihak
pengurusan tertinggi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Pengarah JBPM Kuala
Lumpur telah memberi penghargaan kepada projek ini kerana ianya telah memberi impak
yang positif pada masa kini dan akan datang.
- LAPORAN TAMAT-
15