Page 17 - COMPLETE REPORT SMASH KIK KEBANGSAAN JBPM 2021
P. 17
Oleh keranan pihak bomba telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan proses
sanitasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan oleh
kerajaan di PPR Desa Rejang dan PPR Semarak. KIK STARPARK telah menggunakan
peluang ini untuk melakukan ujicuba projek SMASH di lapangan untuk sanitasi jentera /
kenderaan dan ruangan di dalam bangunan dewan serbaguna yang dijadikan sebagai Pusat
Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). (rujuk Lampiran 3, Gambar 3.2 : Peranan BBP Setapak di
PKPD PPR Desa Rejang) SMASH telah diujicuba di khemah kawalan PKPD, kenderaan
pelbagai agensi dan jabatan serta anggota yang terlibat seperti PDRM, ATM, KKM, APM,
JKM, JAPEN, DBKL dan lain-lain sukarelawan selepas mereka keluar dari memasuki zon
merah . Pengguna amat berpuas hati dengan nilai ciri-ciri pengkayaan idea pesona - SMASH
seperti di Rajah 12.
Rajah 12: Kanvas Analisis Kluster
Proses penyeragaman telah dilaksanakan di seluruh BBP di JBPM KL berikutan dengan
surat arahan penyeragaman penggunaan SMASH yang diluluskan oleh YS Pengarah JBPM
KL.(rujuk lampiran 3, Gambar 3.3 : Surat Penyeragaman Ke BBP JBPM KL).
Selain itu, promosi pengembangan bagi projek SMASH juga turut telah dilaksanakan
selepas mendapat kelulusan daripada YS Pengarah JBPM KL. Promosi pengembangan
SMASH untuk sanitasi jentera / kenderaan dan ruangan dalaman dilakukan di rumah
penghuni, khemah SJR, khemah PKPD juga pejabat-pejabat Polis Diraja Malaysia, Angkatan
Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia,
Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Persatuan Bulan Sabit Merah
dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekitar Kuala Lumpur bermula 6 Jun 2021 (rujuk
Lampiran 3, Gambar 3.4 : Surat Pengembangan Ke Lain-Lain Agensi dan Jabatan Kerajaan)
Ketua Kumpulan STARPARK juga turut membentangkan projek ini kepada pihak swasta
iaitu ke beberapa syarikat-syarikat lain secara maya bagi tujuan pengembangan (rujuk
Lampiran 3, Gambar 3.5 : Pengembangan Inovasi Ke Pihak Swasta)
d) Perakuan Daripada Pihak Bertauliah
SMASH telah dibentangkan kepada YS Pengarah JBPM KL oleh Ketua Kumpulan
STARPARK. Hasil daripada penelitian beliau telah mengakui keberkesanan SMASH sebagai
alat alternatif bagi proses sanitasi melalui surat beliau bertarikh 26 Mac 2021. Seterusnya,
SMASH telah diiktiraf kefungsian dan keselamatan penggunaannya oleh pihak Bahagian
Kejuruteraan JBPM KL dalam ujicuba yang dijalankan bertarikh 28 Mei 2021 dan Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 3 Jun
2021. Surat-surat perakuan dan pengiktirafan adalah di Rajah 13. (rujuk Lampiran 3, Gambar
3.6 sehingga 3.9 : Perakuan dan Pengikhtirafan Daripada Pihak Bertauliah)
11