Page 13 - COMPLETE REPORT SMASH KIK KEBANGSAAN JBPM 2021
P. 13

Objektif memperkaya idea pesona adalah untuk mencapai matlamat pelaksanaan bagi
               menambahbaik  penyampaian  perkhidmatan,  iaitu;  (a)  mempercepatkan  tempoh  operasi,
               (b) menjimatkan kos operasi, (c) meningkatkan produktiviti anggota, dan (d) meningkatkan
               kepuasan hati pelanggan.
                     Manakala  sasaran  penyelesaian  projek  adalah  mengurangkan  risiko-risiko  akibat
               proses sanitasi jentera / kenderaan ke tahap sifar.

               3.    TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

               [Ideation – Penjanaan Idea]

                     a)    Cadangan Penyelesaian dan Strategi Pelaksanaan

                     KIK  Primer  STAR  PARK  menggunakan  strategi  atau  teknik  ala-SCAMPER  untuk
               mencambah fikiran bagi mengenalpasti tindakan pengkayaan idea pesona atau cadangan
               penyelesaian  dengan  menggunakan  faktor  T.E.A.M.  Percambahan  fikiran  ini  turut  disertai
               oleh pihak pengurusan dan wakil pesona dan telah mencapai rumusan seperti dalam Rajah
               5.
                     Strategi  pengkayaan  idea  pesona  atau  cadangan  penyelesaian  yang  telah  dicapai
               adalah;  (a)  Mencipta  alat  seperti  humidifier  dengan  kawalan  teknologi  pintar  untuk
               meminimakan penglibatan manusia, (b) Memilih teknik semburan yang sempurna tanpa perlu
               untuk  dilap  kemudiannya  dan  menjimatkan  sumber  yang  efisien  seperti  PPE  dan  petrol
               knapsack, (c) Petugas tidak perlu memakai PPE yang lengkap kerana berada di kawasan
               hotspot dalam tempoh yang singkat untuk menghindari risiko jangkitan Covid-19,  dan (d) Alat
               sanitasi hendaklah mudah digunakan dan mudah alih supaya mampu milik.

               Rajah 5: Rumusan Cadangan Penyelesaian dan Strategi Pelaksanaan




























               Sumber: Sesi percambahan fikiran yang dihadiri oleh pengurusan BBP dan wakil pesona.

               b)    Pelan Tindakan Penyelesaian

                     Pelan  tindakan  penyelesaian  adalah  seperti  yang  dirancangkan  di  Rajah  6  selama
               enam (6) minggu mulai bulan Februari 2021 dan disiapkan pada bulan Mac 2021. Setiap
               aktiviti diketuai pelaksanaannya bagi memastikan projek berjalan lancar.




                                                            7
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18