Page 11 - COMPLETE REPORT SMASH KIK KEBANGSAAN JBPM 2021
P. 11

Intervensi empati bersama pesona, iaitu pasukan operasi BBP Setapak menggunakan
               teknik immerse, observation dan engage untuk membentuk Peta Empati di Rajah 3. Pesona
               bersetuju bahawa sanitasi merupakan rutin wajib yang tidak kos efektif. Keresahan utama
               pesona adalah terhadap risiko berlaku penularan jangkitan Covid-19, risiko angkatan beban
               knapsack dan risiko kerosakan kepada peralatan elektronik di dalam jentera.

               Rajah 3: Peta Empati Projek


































               Sumber: Maklumbalas Pasukan Operasi BBP Setapak

                     Tugas sanitasi jentera adalah meliputi aktiviti membersihkan ruang dalaman jentera,
               membuat  semburan  bahan  disinfeksi  ke  seluruh  bahagian  jentera  /  kenderaan  dengan
               menggunakan peralatan knapsack dan mengelap semburan bahan disinfeksi (ubat) tersebut
               dalam ruang dalaman jentera. Bagi mengelakkan risiko-risiko yang dinyatakan maka pesona
               melaksanakan  tugas  sanitasi  dengan  pelbagai  cara.  Pesona  perlu  menggunakan  PPE
               lengkap.  Setelah  mengisi  bahan  disinfeksi  ke  dalam  knapsack,  pelaku  perlu  memikul
               knapsack tersebut yang berkeberatan 32.5 kilogram untuk membuat semburan sanitasi ke
               seluruh dan ruang dalaman jentera / kenderaan. Setelah bahan disinfeksi tersebut kering,
               ruang dalaman jentera perlu dilap dengan menggunakan air bersama tuala yang bersih.
                     Tindakan  berulang  kali  masuk  ke  dalam  dan  keluar  dari  jentera  /  kenderaan
               mengakibatkan berlaku risiko jangkitan Covid-19. Tindakan memikul bebanan seberat 32.5
               kg secara berterusan pula pula boleh menyebabkan petugas mengalami sakit pinggang dan
               lenguh bahu. Manakala tindakan membuat semburan sanitasi tidak terkawal terutamanya di
               bahagian ruangan dalam jentera / kenderaan memungkinkan peralatan elektronik menjadi
               rosak.
                     Matrik  Keutamaan  Idea  Pesona  di  Rajah  3  adalah  menilai  cara-cara  petugas
               melaksanakan  sanitasi.  Dengan  memberi  merit  faedah  yang  dijangka  kepada  petugas  /
               jabatan dan merit kemampuan KIK Primer STARPARK untuk memperkayakan idea tersebut
               sebagai panduan mendefinisi, menentu Point Of View (POV) atau cabaran sebenar projek.






                                                            5
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16