Page 7 - COMPLETE REPORT SMASH KIK KEBANGSAAN JBPM 2021
P. 7

Tajuk                        :      Smart Sanitizer Humidifier (SMASH)
               Bidang dan Kategori          :      Bidang Sosial / Kategori Penciptaan

                                               RINGKASAN EKSEKUTIF

                       Covid-19  merupakan  pandemik  yang  sangat  berbahaya  kepada  manusia  yang
               melanda  secara  global  termasuk  di  Malaysia.  Pelbagai  langkah  dianjurkan  oleh  kerajaan
               untuk melandai dan mengurangkan kadar jangkitan. SOP penting menghadapi pandemik ini
               adalah,  pemakaian  pelitup  muka,  menjaga  penjarakan  sosial  dan  sentiasa  mengamalkan
               sanitasi  kendiri.  Selain  sanitasi  kendiri,  peralatan,  ruang  dan  persekitaran  terutama  yang
               pernah digunakan oleh individu yang kena jangkitan perlu juga disanitasi.

                     Tumpuan projek KIK STARPARK adalah untuk sanitasi ruang dalaman 5 buah jentera /
               kenderaan di  BBP Setapak kerana seramai 5 anggota pasukan operasi diketahui di jangkiti
               Covid-19  kerana  melaksanakan  tugas  ini  pada  tahun  2020.  Setiap  hari,  tugas  sanitasi
               sebanyak dua (2) kali atau setiap kali selesai digunakan dengan cara semburan oleh seorang
               (1)  anggota  menggunakan  knapsack  selama  satu  (1)  jam.  Pembelian  PPE  (Personal
               Protective  Equipment),  bahan  disinfeksi  dan  petrol  knapsack.  Sanitasi  ini  diketahui
               mewujudkan  risiko  jangkitan  virus,  risiko  angkatan  beban  knapsack  petugas,  dan  risiko
               kerosakan peralatan elektronik jentera / kenderaan.

                     Projek KIK STARPARK yang diluluskan pada 23 Mac 2021 oleh Pengarah JBPM Kuala
               Lumpur  menggunakan  kaedah  Design  Thinking.  Objektif  projek  adalah  bertujuan  untuk;
               (a)  mempercepatkan  tempoh  operasi,  (b)  menjimatkan  kos  operasi,  (c)  meningkatkan
               produktiviti  anggota,  dan  (d)  meningkatkan  kepuasan  hati  pelanggan.  Manakala  sasaran
               penyelesaian projek adalah mengurangkan risiko-risiko sanitasi ke tahap sifar.

                     Hasil projek adalah ciptaan inovasi Smart Sanitizer Humidifier atau SMASH dengan kos
               sebanyak RM140.00. SMASH dikuasakan teknologi pintar untuk penggunaan manusia secara
               minima.  Setelah  mengisi  bahan  disinfeksi  dan  meletakkannya  dalam  jentera/kenderaan,
               SMASH diaktifkan (on) menggunakan telefon pintar dari luar jentera/kenderaan dan fungsi
               ‘pemasa’ untuk mematikan (off) secara automatik.

                     SMASH diujicuba mulai Februari 2021 di BBP Setapak dan kemudian untuk sanitasi
               jentera/kenderaan juga ruang dalaman bangunan seperti khemah dan pejabat penguatkuasa
               Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  sekitar Wangsa Maju termasuk rumah
               penghuni  di  PPR  Desa  Rejang  dan  PPR  Semarak.  SMASH  bukan  hanya  untuk  sanitasi
               jentera/kenderaan  malah  berkesan  untuk  ruang  dalaman  lain.  Kefungsian  dan
               keberkesanannya telah diperakui oleh YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur dan diiktiraf oleh
               Bahagian  Kejuruteraan  JBPM  Kuala  Lumpur  juga  Jabatan  Keselamatan  dan  Kesihatan
               Pekerjaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

                     Penyeragaman SMASH  dilaksana serentak di Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur dan
               BBP di sekitar Kuala Lumpur mulai 21 Jun 2021.

                     Setelah dipohon pelindungan hak cipta daripada pihak MyIPO pada 23 Julai 2021 dan
               diluluskan program pengembangannya,  SMASH telah dipromosi di pejabat, khemah SJR,
               khemah  PKPD  sekitar  daerah  Wangsa  Maju  termasuk  untuk  kegunaan  dalam  kenderaan
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12