Page 10 - COMPLETE REPORT SMASH KIK KEBANGSAAN JBPM 2021
P. 10

c)    Kaitan Dengan Agenda Nasional

                     Projek SMASH adalah menepati agenda Nasiona Negara iaitu  menangani COVID-19
               untuk menjamin kesejahteraan, kesihatan rakyat dan bebas dari virus covid-19. Ini termasuk
               di lokasi tempat kerja bagi memastikan jentera bomba selamat digunakan selaras dengan
               Akta 514 Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994 dibawah seksyen 4(a) (rujuk Lampiran 2
               : Gambar 2.1) dan Akta 342 Kawalan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
               pindaan tahun 2020 dibawah seksyen 18 (rujuk Lampiran 2 : Gambar 2.2)

                     d)    Kaitan Dengan Keadaan dan Ekosistem Semasa

                     Dunia  termasuk  Malaysia  kini  sedang  menghadapi  pandemik  Covid-19  yang  mudah
               berjangkit  dan  mengorbankan  banyak  nyawa.  Disiplin  ekosistem  dalam  keadaan  terkawal
               dengan SOP tertentu sangat diperlukan untuk melandaikannya. Selain daripada pematuhan
               pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial yang telah diamalkan, kaedah sanitasi pada
               peralatan,  ruang  dan  persekitaran  terutamanya  yang  telah  digunakan  oleh  mereka  yang
               dijangkiti virus juga menjadi amalan yang sangat penting untuk dilaksanakan.
                     Sanitasi menjadi tugas rutin penting bagi semua penduduk dunia. Namun ianya akan
               memakan masa, memerlukan kos, menjejaskan produktiviti dan mengundang pelbagai risiko
               kepada pelakunya. Justeru itu, projek ini amat sesuai untuk dilaksanakan untuk menawarkan
               alternatif  penyelesaian  yang  unik,  kos  efektif  dan  menghalang  berlaku  risiko  terutamanya
               jangkitan virus Covid-19.

               [Empathy – Empati]

                     e)    Pembuktian Melalui Analisis (bagi tujuan penyelesaian) dan Ujicuba

                     KIK  Primer  STARPARK  mengunakan  kaedah  Design  Thinking  bagi  tujuan
               penyelesaian, ujicuba dan menghasilan inovasi projek.
                     Tumpuan  projek  KIK  STARPARK  adalah  kepada  proses  sanitasi  di  dalam  ruang
               dalaman melibatkan 3 buah jentera dan 2 buah kenderaan utiliti BBP Setapak. Seramai 5
               orang ahli pasukan operasi diketahui telah dijangkiti Covid-19 kerana melaksanakan tugas ini
               pada tahun 2020. Setiap hari,5 buah kenderaan  perlu disanitasi sekurang-kurangnya dua (2)
               kali  atau  setiap  kali  selesai  digunakan  dengan  cara  semburan  oleh  seorang  (1)  petugas
               menggunakan knapsack memakan masa selama satu (1) jam.  Kos sehari sanitasi berjumlah
               RM151.80 seperti dijelaskan dalam Rajah 2. BBP Setapak berbelanja sebanyak RM4,554.00
               untuk sanitasi setiap bulan.

               Rajah 2: Kos Sanitasi Kenderaan BBP Setapak Sehari






















                                                            4
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15