Page 8 - COMPLETE REPORT SMASH KIK KEBANGSAAN JBPM 2021
P. 8
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan
Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Penerangan
Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sasaran penyelesaian projek untuk mengurangkan risiko-risiko ke atas
jentera/kenderaan dan manusia kerana sanitasi ke tahap sifar telah dicapai sebagai outcome
utama projek.
Objektif projek juga dicapai; (a) tempoh sanitasi dipercepatkan sebanyak 50%, (b) kos
operasi sehari dijimatkan sebanyak 84%, (c) meningkatkan produktiviti anggota sebanyak 6%,
dan (d) tahap baik kepuasan hati pelanggan meningkatkan dari 85% kepada 95%.
Dalam menjamin penggunaannya, SMASH dibekalkan dalam setiap jentera/kenderaan
dan disenaraikan sebagai peralatan jentera/kenderaan untuk diperiksa setiap hari. Secara
umumnya, SMASH telah memberi impak kepada imej keprofesional BBP Setapak, JBPM
Kuala Lumpur dan menjamin pencapaian visi dan misi KPKT untuk memperkasa
kesejahteraan masyarakat.
SMASH amat berpotensi untuk dikembangkan kerana sedia guna, mudah guna, mudah
alih dan mampu milik untuk sanitasi jentera/kenderaan juga ruang dalaman rumah penghuni,
rumah kedai, pejabat dan seumpanya. Sebanyak 10 unit SMASH telah dikeluarkan dengan
harga tawaran RM200.00 dan sedang dalam proses pengkormesilan. R.O.I SMASH sehingga
kini adalah sebanyak 42% dengan keuntungan bersih sebanyak RM600.00.