Page 12 - COMPLETE REPORT SMASH KIK KEBANGSAAN JBPM 2021
P. 12

Rajah 3: Matrik Keutamaan Idea Pesona



























               [Define – Mendefinisi]

                     Idea  pesona  adalah  menyembur  bahan  disinfeksi  dari  luar  jentera  /  kenderaan  dan
               membiarkan  ianya  kering.  Kemudian,  pelaku  mengelapnya  dengan  menggunakan  tuala
               bersih yang telah dilembabkan dengan air bersih sebagai idea pesona dan telah dipersetujui
               oleh KIK STARPARK untuk diperkayakan atau ditambahbaik.
                     Dalam Kanvas POV (Point of View) atau cabaran sebenar projek di Rajah 4, KIK Primer
               STARPARK mengakui keperluan pesona atau pelaku sanitasi melaksanakan sanitasi yang
               boleh mengelak daripada berlakunya risiko-risiko jangkitan Covid-19, sakit akibat mengangkat
               bebanan yang lama dan kerosakan peralatan elektronik jentera / kenderaan.

               Rajah 4: Kanvas POV (Cabaran Sebenar Projek)






























                     KIK Primer STARPARK juga merumuskan ciri-ciri memperkayakan idea pesona sanitasi
               dari luar jentera / kenderaan, iaitu; (a) mencipta alat sanitasi dari luar jentera / kenderaan,
               (b) menentukan teknik semburan sanitasi supaya tidak perlu untuk dilap semula, (c) proses
               sanitasi boleh dipercepatkan, dan (d) sanitasi hendaklah kos efektif.




                                                            6
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17