Page 9 - COMPLETE REPORT SMASH KIK KEBANGSAAN JBPM 2021
P. 9

PERINCIAN PROJEK

               1.    PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN

                     KIK Primer STARPARK, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak telah dibentuk
               dan diluluskan penubuhannya pada 21 Oktober 2020 serta diketuai sendiri oleh Ketua BBP
               Setapak. (rujuk Lampiran 1, Gambar 1.1 : Carta Organisasi KIK Primer STARPARK ) YS
               Pengarah JBPM Kuala Lumpur telah meluluskan dan menyokong penuh penglibatan Ketua
               BBP Setapak dalam KIK. Surat-surat berkaitan adalah di Rajah 1. (rujuk Lampiran 1, Gambar
               2 : Penglibatan Pihak Pengurusan)
                       Sokongan dan penglibatan juga melibatkan pemberian kemudahan dan pelaksanaan
               semua faktor-faktor pemboleh daya pembangunan inovasi yang berkesan yang digariskan
               dalam Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2016 secara berterusan.

               Rajah 1: Surat Kelulusan dan Sokongan Penubuhan KIK Primer STARPARK

























               2.    SIGNIFIKAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN

                     a)    Kaitan dengan fungsi utama jabatan

                     Projek SMASH amat berkaitan dengan misi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
               (JBPM) iaitu "Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional bagi
               menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat."

                     b)    Memenuhi kehendak pelanggan dan pemegang taruh (stakeholder)

                     Projek SMASH adalah penawaran penyampaian perkhidmatan yang kreatif dan Inovatif
               untuk  memenuhi  kehendak  pelanggan  dan  pemegang  taruh  yang  dikenalpasti  seperti  di
               Jadual 1 berikut;

               Jadual 1 : Kategori serta Kehendak Stakeholder dan Pelanggan














                                                            3
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14