Page 120 - Majalah 2017
P. 120

Pada zaman mendepani era modenisasi tanpa limitasi ini, kos tepung, gula, garam dan petroleum
        semakin meningkat. Tambahan pula, pihak kerajaan telah memperkenalkan GST atau ` Government
        service Tax ’ yang mengenakan 6% daripada pembelian rakyat Malaysia pada tahun lepas. Hal ini
        menambahkan lagi beban rakyat terutamanya yang agak miskin. Kendatipun begitu, terdapat juga
        segelintir masyarakat yang masih boros berbelanja seperti membesarkan kerak nasi tanpa mengikut
        kemampuan sendiri sehingga menyebabkan mereka berhutang keliling pinggang. Mengapakah
        situasi ini akan berlaku? Hal ini demikian kerana mereka tidak sedar dan tidak mengetahui langkah-
        langkah penjimatan perbelanjaan. Persoalannya, apakah langkah-langkah penjimatan per-
        belanjaan?
             Sebagai pemula kalam bicara, idea utama yang menunjangi tajuk ini adalah membuat senarai
        barang keperluan. Masyarakat boleh membuat catatan pada sehelai kertas tentang barang-barang
        yang ingin dibeli dahulu sebelum berbelanja. Cara ini amat penting supaya dapat mengelakkan kita
        sendiri daripada membeli barang yang memenuhi kehendak sahaja. Kita perlulah bijak membezakan
        barang keperluan dengan barang kehendak. Barang keperluan ialah barang yang kita tidak dapat
        hidup tanpanya tetapi barang kehendak adalah sebaliknya. Hasilnya, jelaslah bahawa pembelian
        barang kehendak merupakan sejenis amalan yang hanya akan membazirkan wang. Bukan setakat
        itu sahaja, budaya membuat senarai barang keperluan dapat memberikan pengingatan kepada kita
        semua semasa berbelanja. Kita tidak perlu keluar dari rumah sekali lagi dan dapat menjimatkan kos
        tambang atau petroleum sekiranya kita tidak lupa akan barang yang ingin kita beli. Izharnya langkah
        membuat senarai barang keperluan dapat menjimatkan perbelanjaan, bak kata mutiara sedikit-
        dikit,lama-lama menjadi bukit.

                 Dari sudut kaca mata yang lain pula, salah satu langkah penjimatan perbelanjaan adalah
        dengan membuat perbandingan harga barang. Pada era globalisasi dunia tanpa sempadan ini,
        terdapat peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab yang suka menyorokkan barang terutama pa-
        da masa sebelum musim perayaan. Mereka seterusnya akan menjual barang tersebut sedikit demi
        sedikit dengan harga yang melampau tinggi untuk mengaut keuntungan maksimum. Jadi, untuk
        menjadi seorang pengguna yang bijak, kita perlu membuat perbandingan harga barang di bebera-
        pa kedai atau pusat beli-belah dahulu sebelum berbelanja. Sebagai uswah, sebuah beg dengan
        warna,saiz,jenama dan corak yang sama boleh dijual di kedai berbeza dengan harga yang ber-
        lainan. Kita harus membandingkan harga beg-beg itu dan membeli antaranya yang paling murah
        supaya dapat menjimatkan wang. Tegasnya, budaya membuat perbandingan harga barang meru-
        pakan langkah penjimatan perbelanjaan yang berkesan kerana dapat mengelakkan diri kita da-
        ripada tertipu.
        Di samping itu, pembelian barang semasa jualan murah juga merupakan salah satu langkah pen-
        jimatan perbelanjaan. Misalnya, jika sesuatu barang dengan harga asal RM100.00 dijual dengan
        diskaun sebanyak 70% , kita boleh membeli barang tersebut dengan harga RM30.00 sahaja. Wang
        sebanyak RM70.00 dapat dijimatkan. Peribahasa Melayu mengatakan bahawa sehari selembar be-
        nang, lama-lama menjadi kain, wang yang dijimatkan sedikit demi sedikit ini nescaya akan bertukar
        menjadi jumlah yang besar pada satu hari kelak. Tambahan pula, kita perlu sentiasa bersikap prihatin
        terhadap jualan murah yang diadakan di mana-mana pusat beli-belah. Hal ini demikian kerana
        lazimnya jualan murah hanya akan berlangsung dalam tempoh masa tertentu sahaja. Manifestasnya,
        amalan pembelian barang semasa jualan merupakan antara langkah penjimatan yang perlu kita
        lakukan demi kepentingan bersama.
             Akhirulkalam, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai jenis langkah-langkah pen-
        jimatan perbelanjaan yang boleh kita implementasikan dalam kehidupan seharian. Kita haruslah
        sedar bahawa wang yang dijimatkan amat penting pada saat-saat kecemasan kerana bak kata
        mutiara guruh tidak berbunyi,malang tidak berbau. Amalan berjimat-cermat ini menjamin kehidupan
        kita yang lebih cerah. Jadi, sinergi daripada semua pihak amat didambakan bagi menjangkau seha-
        bis tangan menggembleng usaha murni dalam memastikan masyarakat berjimat-cermat dalam
        pekerjaan. Kempen-kempen berkaitan dengan langkah-langkah menjimatkan perbelanjaan perlulah
        diadakan secara berterusan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Media massa juga
        perlulah memaparkan iklan-iklan sebagai usaha menguar-uarkan kempen-kempen yang diadakan
        bak kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Marilah kita ber-
        ganding bahu bagai aur dengan tebing untuk membentuk masyarakat yang berjimat-cermat supaya
        kemakmuran negara akan dapat terjamin.
                                                ..::[ 120 ]::..
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125