Page 122 - Majalah 2017
P. 122

Penderaan Kanak-kanak

        Mutakhir ini, isu penderaan kanak-kanak menjadi isu yang hangat dan serius sehingga menjadi virus da-
        lam masyarakat moden pada masa ini. Kemelut sosial ini semakin meruncing dalam kalangan ibu bapa
        yang sibuk bekerja. Sebelum mengupas dengan lebih lanjut isu ini, kita perlulah memperincikan definisi
        penderaan. Penderaan secara umunya ditafsirkan sebagai penganiyaan fizikal dan mental seseorang
        yang boleh membawa kesan negatif kepada mangsa. Golongan kanak-kanak khususnya merupakan
        golongan yang paling kerap didera. Oleh itu, usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai
        langkah yang drastik dan efektif dilakukan segera untuk mengatasi masalah ini.
              Usaha utama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan perlu mengimplimentasikan penguat-
        kuasaan undang-undang yang tegas. Hal ini amat penting agar kita takut untuk melakukan perbuatan
        terkutuk ini. Antara undang-undang yang telah diimplementasikan ialah Akta Kanak-Kanak 2001 yang
        merekodkan 1459 penderaan terhadap kanak-kanak. Undang-undang yang tegas ini perlu dil-
        aksanakan oleh pihak berkuasa tanpa mengira pangkat dan juga kedudukan supaya kanak-kanak
        yang menjadi mangsa dera mendapat keadilan yang sewajarnya. Undang-undang ini perlu
        didedahkan kepada masyarakat supaya mereka mangetahui implikasi penderaan kanak-kanak.
            Pada sudut kaca mata yang lain pula, masyarakat juga memainkan peranan yang utal dalam
        mengatasi penderaan kanak-kanak. Masyarakat perlulah mengamalkan sikap suka menjaga tepi kain
        orang dalam memastikan kepekaan masyarakat terhadap perkara yang berlaku disekeliling mereka.
        Masyarakat perlulah menepis sikap seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.
        Anggota masyarakat perlulah memainkan peranan dengan melaporkan kes penderaan yang berlaku
        dalam kawasan kejiranan atau mewujudkan persatuan-persatuan yang berfungsi menjaga kebajikan
        kanak-kanak. Contohnya, persatuan ini boleh menjalankan pemantauan terhadap kawasan kejiranan
        mereka supaya perkara ini tidak berlaku di kawasan tersebut. Sesungguhnya, terbuktilah masyarakat
        memainkan peranan penting dalam mengatasi kes penderaan kanak-kanak.
               Seterusnya, umum mengetahui bahawa kempen kesedaran merupakan satu inisiatif yang berkesan
        dalam mengatasi pelbagai masalah. Hal ini demikian kerana, kempen yang dijalankan dapat mening-
        katkan kesedaran masyarakat tentang kemelut sosial yang semakin bersarang di negara ini. Pelbagai
        wahana perlu digunakan utama memastikan keberkesanan kempen kesedaran ini. Contohnya, pihak
        media massa perlulah menyiarkan iklan-iklan tentang penderaan kanak-kanak di kaca televisyen dan
        jugak akhbar bagi menghangatkan lagi isu ini. Tambahan lagi, kempen ini haruslah dijalankan secara
        berterusan dan janganlah hanya bersifat intenim dan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Oleh itu,
        jelaslah bahawa kempen kesedaran merupakan salah satu langkah yang efektif.

              Selain itu, tidak dinafikan bahawa pendidikan keibubapaan amat penting dalam mengatasi masa-
        lah penderaan kanak-kanak. Pasangan yang ingin menapak ke alam rumah tangga haruslah diajar
        tentang cara menguruskan rumah tangga, cara mengawal kemarahan dan cara mendidik anak-anak.
        Daripada riwayat Abu Daud, Rasulullah bersabda bahawa seorang lelaki itu adalah pemimpin ahli
        keluarga dan dia dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Ini menerangkan kita betapa pentingnya
        melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan sebaiknya. Pendidikan keibubapaan boleh
        dilakukan melalui kursus dan boleh dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam di setiap negeri. Ibu bapa
        haruslah mengimplementasikan ilmu pengetahuan ini dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, ini
        membuktikan bahawa pendidikan keibubapaan merupakan perkara wajib diberikan oleh semua
        pasangan.
                   Secara tuntasnya, penderaan kanak-kanak tidak seharusnya mendapat tempat di negara kita
        dan seharusnya inisiatif-inisiatif yang telah digembleng oleh tenaga intelektual manusia direalisasikan
        dalam kehidupan seharian. Hal ini agar masalah penderaan kanak-kanak dapat diberhentikan serta-
        merta. Kita harus menyedari bahawa kanak-kanak merupakan pewaris masa hadapan negara dan
        sepatutnya mendapat pembelaan yang seadilnya di mata dunia. Sehubungan dengan itu, pelbagai
        pihak haruslah mengadunkan usaha yang cukup padu untuk mengatasi masalah penderaan kanak-
        kanak. Prakorsa ini perlu dilakukan secara menyeluruh kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu
        dalih



                                                ..::[ 122 ]::..
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127