Page 121 - Majalah 2017
P. 121
Era pascakemerdekaan dan pascaperindustrian ini telah menyaksikan perubahan yang berlaku terutamanya dari
aspek mental dan psikologi manusia. Perkembangan pemikiran manusia ini telah membawa kepada kemajuan teru-
tamanya dalam ilmu sains dan teknologi. Berbagai-bagai disiplin ilmu perlu dipelajari oleh manusia sejak bangku
persekolahan lagi. Namun begitu, perkembangan cara pemikiran moden ini kerap kali menyebabkan kita alpa ten-
tang kesihatan psikologi dan emosi seseorang. Emosi menurut teori James-Lange ialah apabila kita mengalami
keadaan yang berbeza, sistem saraf kita akan menghasilkan suatu reaksi terhadap keadaan tersebut. Tekanan emosi
kerap berlaku pada remaja kerana menurut Carl E Pickhardt waktu remaja merupakan waktu perkembangan pesat
emosi remaja. Persoalan yang bermain dalam sanubari kita ialah apakah punca berlakunya tekanan emosi dalam
kalangan remaja ?
Punca utama yang menunjangi permasalahan ini adalah tekanan menghadapi peperiksaan. Peperiksaan meru-
pakan suatu perkara yang menjadi kelaziman dalam kehidupan remaja kerana mereka masih menuntut di alma ma-
ter. Walaupun menjadi suatu kelaziman, peperiksaan boleh mendorong kepada berlakunya tekanan emosi apabila
seseorang remaja itu menjadi harapan keluarga dan sekolah mereka. Mereka akan berasa tertekan terhadap
bebanan tersebut malah ada yang cuba membunuh diri. Menurut perangkaan terkini oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia, kadar bunuh diri meningkat dari tahun 2007 hingga 2010 iaitu melebihi 1000 orang. Sesungguhnya, terbuk-
tilah bahawa tekanan peperiksaan merupakan faktor yang membawa kepada tekanan emosi dalam kalangan
remaja.
Pada sudut kaca mata yang lain pula, pengaruh media sosial juga boleh mendorong kepada tekanan emosi.
Tidak dinafikan bahawa perkembangan teknologi yang pesat ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan ini mem-
bawa impak negatif kepada remaja. Hal ini demikian kerana, remaja lebih terdedah kepada pelbagai bahaya di
media sosial seperti buli siber dan penipuan. Contohnya, pada tahun 2002 di Kanada, video seorang budak lelaki
memegang ` light saber ’ menjadi tular di Internet apabila dia digelar ` Stor Wors Kid ’ dan kesannya dia mengalami
kemurungan. Suatu kajian yang bertajuk `Computers in Human Behaviour ’ pada tahun 2016 membuktikan bahawa
penggunaan pelbagai platform media sosial adalah berkait rapat dengan tekanan emosi dalam kalangan remaja.
Oleh itu, pihak yang lebih dewasa haruslah mengawasi anak-anak mereka ketika menggunakan media sosial .
Bukan itu sahaja, umum mengetahui bahawa keluarga juga memainkan peranan penting terhadap kesihatan
emosi remaja. Hal ini demikian kerana ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak mereka. Ibu
bapa tidak sepatutnya melibatkan anak-anak dalam masalah rumah tangga. Contohnya, ibu bapa perlu mengelak-
kan diri mereka daripada bertengkar dan bertelogoh depan anak mereka. Keruntuhan institusi kekeluargaan ini akan
menyebabkan enosi remaja terganggu dan mereka akan melakukan perkara yang buruk sebagai jalan
penyelesaian yang dihadapi. Masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi menyebabkan anak-anak tidak
mendapat kasih sayang yang secukupnya. Remaja mungkin terpaksa menghadapi badai kehidupan sendirian akibat
keluarga yang bercerai-berai. Jelaslah bahawa masalah keluarga merupakan salah satu punca tekanan emosi
remaja.
Dari sudut pandangan yang lain pula, masalah persekitaran juga merupakan punca tekanan emosi. Hal ini
demikian kerana persekitaran yang kurang sihat seperti gangguan oleh kilang, udara yang kotor dan bau yang tidak
menyenangkan boleh membangkitkan kemarahan seseorang. Dalam konteks remaja pula, persekitaran sekolah me-
mainkan peranan yang utal terhadap emosi remaja. Pengaruh rakan-rakan yang kurang baik serta masalah buli
boleh menyebabkan tekanan emosi. Jadi, remaja perlulah memilih rakan-rakan yang baik kerana Saidina Umar Al-
Khattab pernah berkata carilah sahabat jujur. Dengan demikian anda akan terpelihara daripada bahaya. Tamba-
han lagi, kemiskinan keluarga juga mempengaruhi emosi remaja kerana mereka tidak dapat memenuhi kemahuan
dan keperluan mereka. Oleh itu, terbuktilah bahawa persekitaran yang kurang baik membawa kepada emosi.
Bukan itu sahaja, remaja dikaitkan dengan masalah percintaan yang akan membawa kepada tekanan emosi.
Hal ini demikian kerana apabila seseorang remaja mengalami putus cinta dengan kekasihnya, dia akan berasa ter-
tekan kerana mereka merasakan seperti kehilangan orang yang tersayang. Tambahan pula, remaja tersebut akan
berasa malu untuk ke sekolah dan menyimpan perasaan dendam terhadap bekas kekasihnya. Polemik ini menjadi
satu kemelut sosial yang parah dan pihak yang lebih dewasa perlulah mengambil tindakan yang drastik terutamanya
ibu bapa dan guru-guru di sekolah dalam menyelesaikan masalah ini kerana bak kata peribahasa Melayu tiada kusut
yang tidak akan selesai. Contohnya, kaunselor bolehlah mengadakan sesi kaunseling bersama pelajar tersebut. Na-
tijahnya, isu bercinta semasa alam persekolahan tidak seharusnya dipandang enteng oleh semua pihak.
Secara tuntasnya, tekanan emosi berpunca daripada pelbagai perkara dan aspek yang perlu kite titikberatkan
dengan segera. Segala punca dan penyebab ini harus kita kaji hingga ke akar umbi agar masalah tekanan emosi
dalam kalangan remaja dapat dibasmi. Oleh itu, penglibatan menyeluruh semua pihak amat perlu agar dapat men-
gadunkan suatu usaha yang cukup padu bagi membantu remaja mengatasi badai kehidupan mereka. Kita haruslah
sentiasa sedar bahawa remaja masa inilah yang akan mewarisi tampok pemerintahan kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Akhir kata, punca tekanan emosi harus diteliti dengan segera kerana persis peribaha-
sa Melayu, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.
..::[ 121 ]::..