Page 3 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 3
TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN MORAL SPM KOD 1225
Bahagian A: Soalan Struktur
Bahagian B: Soalan Esei
Pengagihan Masa Untuk Menjawab Soalan:
Bahagian Peruntukan Masa Jumlah Masa
A: Struktur 8 soalan x 10 minit untuk setiap soalan 80 minit
B: Esei 2 soalan x 20 minit untuk setiap soalan 40 minit
1 soalan tambahan x 20 minit 20 Minit
Semak Jawaban 10 minit
Jumlah 150 minit
Bahagian A: Soalan Struktur
1) Soalan Tanya Nilai
Contoh soalan:
Apakah nilai ……… [1 markah]
Nyatakan dua nilai ……… [2 markah]
Contoh jawaban:
Amanah
Kepercayaan kepada Tuhan
Peringatan:
Tulis nilai sahaja
Tidak boleh salah ejaan sehingga makna berubah
Tidak boleh salah tulis kata hubung / kata sendi / imbuhan dsb
Tidak boleh diterbalikkan susunan
Tidak boleh guna singkatan
2) Soalan Tanya Maksud Nilai
Contoh soalan:
Jelaskan maksud nilai .........… [2 markah]
Berikan definisi bagi nilai........ [2 markah]
Contoh jawaban:
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
Peringatan:
Tulis definisi nilai sahaja
Tidak perlu watak
Tidak perlu dikaitkan dengan isu / situasi soalan
Kesilapan kata sendi / kata hubung / imbuhan / huruf besar / susunan perkataan pada
definisi tidak menjejaskan
3