Page 5 - MODUL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL SPM
P. 5
ii) Murid-murid harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang(Ayat
Nilai). Mereka harus menerima peraturan dengan menjauhi gejala ponteng sekolah. (Ayat
Penerangan) 1 MARKAH SAHAJA!
5) Soalan Tanya Fakta
Contoh soalan:
Berikan tiga cara ……… [3 markah]
Nyatakan dua kesan ……… [2 markah]
Senaraikan tiga kebaikan ……… [3 markah]
Cadangkan dua usaha ……… [2 markah]
Contoh soalan:
Berikan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu agar tidak cuai ketika berada di jalan
raya. [3 markah]
i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.
ii) Pastikan kereta dalam keadaan baik.
iii) Mematuhi segala peraturan lalulintas.
6) Soalan Tanya Fakta serta Huraian Lanjutan
Contoh soalan:
Huraikan tiga cara ……… [6 markah]
Terangkan dua kesan ……… [4 markah]
Jelaskan tiga kebaikan ……… [6 markah]
Cadangkan dua usaha ……… [4 markah]
toh
Tanya soalan “Bagaimana?”
Tanya soalan “Mengapa?
Contoh soalan:
Terangkan 3 cara yang boleh dilakukan oleh pemandu agar tidak cuai ketika berada di jalan
raya. [6 markah]
ban:
i) Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.
(Soalan: “Bagaimana” tidak mengantuk?) Contohnya, mendapat tidur yang mencukupi
sebelum memandu.
ii} Pastikan kereta dalam keadaan baik.
(Soalan: “Bagaimana” pasti kereta dalam keadaan baik?) Servis kereta lebih kerap.
iii) Mematuhi segala peraturan lalulintas.
(Soalan: “Bagaimana” mematuhi peraturan lalu lintas?) Jangan memandu ketika mabuk.
5