Page 67 - SPANM Demo
P. 67
(3)
(4)
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
Jika pegawai gagal membuat bayaran balik emolumen terlebih bayar, Ketua Jabatan berhak membuat potongan gaji pegawai secara automatik; dan
Permohonan Pendahuluan Diri.
i. Pegawai boleh memohon untuk membuat bayaran balik secara ansuran tidak melebihi 60 bulan dengan kelulusan Pegawai Pengawal;
ii. Sekiranya permohonan bayaran balik secara ansuran melebihi 60 bulan, kelulusan Perbendaharaan hendaklah diperolehi terlebih dahulu; dan
iii. Sekiranya kelulusan bayaran secara ansuran diperolehi, pegawai hendaklah membuat permohonan Pendahuluan Diri di bawah Kumpulan Wang Amanah Pendahuluan Diri (Pegawai Awam) di atas nama pegawai berkenaan.
Sekiranya Pendahuluan Diri yang dibuat adalah bagi melaraskan lebihan pembayaran tahun semasa, Bahagian Akaun Kementerian/ Jabatan hendaklah membuat pelarasan dengan mendebitkan Akaun Pendahuluan Diri dan mengkreditkan Vot.
Sekiranya Pendahuluan Diri yang dibuat adalah bagi melaraskan lebihan pembayaran tahun sebelumnya, Bahagian Akaun Kementerian/ Jabatan hendaklah membuat pelarasan dengan mendebitkan ke Akaun Pendahuluan Diri dan mengkreditkan Akaun Hasil.
Bayaran balik Pendahuluan Diri melalui potongan gaji akan dikemaskini secara automatik di dalam Sistem Emolumen Berkomputer (HCP). Rujuk MPK LMS-ELA 23: Proses Arahan Potongan Gaji (Auto Schedule Job).
PTJ bertanggungjawab bagi memastikan potongan gaji dimulakan pada dua (2) bulan berikutnya berdasarkan surat makluman daripada Bahagian Akaun Kementerian dan berterusan sehingga baki pendahuluan diselesaikan.
PTJ bertanggungjawab menyemak dan memastikan bayaran balik Pendahuluan Diri melalui potongan gaji berjaya dilaksanakan. Sekiranya tidak berjaya, PTJ bertanggungjawab mengutip bayaran ansuran tertunggak daripada pegawai sebelum potongan gaji bulan berikutnya. Pastikan baris caj tepat seperti berikut:
(5)
(6)
(7)
(8)
(9)
64