Page 69 - SPANM Demo
P. 69

SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
vii. Sebab-sebab berlaku lebihan gaji; dan viii. Catatan.
2.3.8 Bahagian Akaun Kementerian bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan senarai dan baki subsidiari yang lengkap secara bulanan kepada BPOPA, JANM mengikut tarikh yang ditetapkan.
2.3.9 Bahagian Akaun Kementerian bertanggungjawab untuk membuat naziran secara berkala bagi menyemak penyelenggaraan Buku Daftar Pendahuluan Diri oleh PTJ lengkap dan kemaskini.
2.4 Pendahuluan Diri Yuran Sekolah Luar Negeri dan Pendahuluan Diri Wang Cagaran Sekolah Luar Negeri
2.4.1 Pengenalan
(1) Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan pekeliling lain yang berkaitan dan Manual Pengurusan Perakaunan Di Perwakilan Luar Negeri yang sedang berkuat kuasa.
(2) Pendahuluan Diri Yuran Sekolah Luar Negeri (A0461113) merupakan pendahuluan yang diberikan kepada pegawai dalam Perkhidmatan Awam bagi bayaran yuran sekolah anak pegawai yang berkhidmat di luar negeri untuk tempoh pengajian yang melangkaui tahun semasa.
(3) Pendahuluan Diri Cagaran Sekolah Luar Negeri (A0461114) merupakan pendahuluan yang diberikan kepada pegawai dalam Perkhidmatan Awam bagi tujuan bayaran wang cagaran sekolah anak pegawai yang berkhidmat di luar negeri.
2.4.2 Pendahuluan Diri Yuran Sekolah Luar Negeri (A0461113) (1) Tatacara Permohonan Pendahuluan
i. Pendahuluan Diri hendaklah dipohon bagi bayaran yuran sekolah yang perlu dibayar bagi tempoh melangkaui tahun semasa.
ii. Pendahuluan Diri Yuran Sekolah hanya boleh dipohon bagi tempoh satu (1) tahun sahaja.
66






















































































   67   68   69   70   71