Page 70 - SPANM Demo
P. 70

(2)
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
iii. Permohonan Pendahuluan Yuran Sekolah hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian untuk kelulusan Perbendaharaan:
a. Borang Permohonan Untuk Pendahuluan (Kew. 106);
b. Salinan Borang Permohonan Bantuan Yuran Pelajaran Lampiran B7 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/ 2013;
c. Bil/ invois daripada sekolah; dan
d. Baucar Jurnal pelarasan yuran sekolah tahun sebelumnya (jika berkaitan).
Pembayaran Pendahuluan
i. Arahan Pembayaran Pendahuluan Yuran Sekolah hendaklah disokong dengan dokumen berikut:
a. Borang Permohonan Untuk Pendahuluan (Kew. 106);
b. Salinan Borang Permohonan Bantuan Yuran Pelajaran Lampiran B7 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/ 2013; dan
c. Bil/ invois daripada sekolah.
ii. Pembayaran hendaklah berdasarkan amaun dalam mata wang asing yang telah diluluskan.
iii. Kod perakaunan yang dicaj bagi bayaran adalah di bawah kod Amanah A0461113. Tatacara pembayaran dan pelarasan hendaklah dirujuk kepada Manual Pengguna iSPLN.
iv. Catatan perakaunan bagi bayaran Pendahuluan Diri adalah seperti berikut:
Kod Kod Dana Akaun
Dt Pendahuluan Diri Yuran Sekolah E601 A0461113 Luar Negeri
Kt Panjar Luar Negeri/ Bank
              67
















































































   68   69   70   71   72