Page 72 - SPANM Demo
P. 72
2.5.2
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
Pembayaran Pendahuluan
(1) Arahan Pembayaran Pendahuluan Cagaran Sekolah hendaklah disokong dengan dokumen berikut:
i. Borang Permohonan Untuk Pendahuluan (Kew. 106);
ii. Salinan Borang Permohonan Bantuan Yuran Pelajaran Lampiran B7 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/ 2013; dan
iii. Bil/ invois daripada sekolah.
(2) Pembayaran hendaklah berdasarkan amaun dalam mata wang asing yang telah diluluskan.
(3) Kod perakaunan yang dicaj bagi bayaran adalah di bawah kod Amanah A0461114. Tatacara pembayaran dan pelarasan hendaklah dirujuk kepada Manual Pengguna iSPLN.
(4) Catatan perakaunan bagi bayaran Pendahuluan Diri adalah seperti berikut:
Dt Pendahuluan Diri Wang Sekolah Luar Negeri
Kt Panjar Luar Negeri/ Bank Penyelesaian dan Pelarasan Pendahuluan
Cagaran
Kod Kod Dana Akaun
E601 A0461114
2.5.3
(1)
(2)
Dt
Ketua Perwakilan dan pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memastikan bayaran balik pendahuluan dikutip daripada pegawai berkaitan setelah tamat tempoh persekolahan.
Pelarasan hendaklah dilakukan setelah pegawai membuat bayaran balik pendahuluan cagaran sekolah. Pelarasan dibuat melalui Resit Rasmi dengan catatan perakaunan seperti berikut:
Kod Kod Dana Akaun
Panjar Luar Negeri/Bank
Kt Pendahuluan Diri Wang Cagaran E601 A0461114
Sekolah Luar Negeri
(3) Penyata Pemungut hendaklah disediakan dan salinan resit
hendaklah dikepilkan bersama Penyata Pemungut. 69