Page 71 - SPANM Demo
P. 71

(3)
SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
Penyelesaian dan Pelarasan Pendahuluan
i. Baucar Jurnal pelarasan hendaklah disediakan apabila masuk tahun berikutnya iaitu pada bulan Januari apabila Waran Peruntukan diterima dengan catatan perakaunan seperti berikut:
Kod Kod Dana Akaun
Dt Vot (Tahun semasa)
Kt Pendahuluan Diri Yuran Sekolah E601 A0461113
Luar Negeri
ii. Pelarasan hendaklah dibuat berdasarkan amaun Ringgit Malaysia pada masa pendahuluan dibayar.
iii. Kementerian/ Jabatan hendaklah memastikan adanya peruntukan yang mencukupi bagi pelarasan pendahuluan yang diluluskan dari vot perbelanjaan mengikut tahun berkenaan.
iv. Pelarasan ini hendaklah dibuat sehingga baki pendahuluan tersebut selesai.
              2.5 Pendahuluan Diri Wang Cagaran Sekolah Luar Negeri (A0461114)
2.5.1 Tatacara Permohonan Pendahuluan
(1) Pendahuluan Diri hendaklah dipohon bagi bayaran wang cagaran sekolah yang perlu dibayar kepada pihak sekolah.
(2) Permohonan Pendahuluan Cagaran Sekolah hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian untuk kelulusan Perbendaharaan:
i. Borang Permohonan Untuk Pendahuluan (Kew. 106);
ii. Salinan Borang Permohonan Bantuan Yuran Pelajaran Lampiran B7 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/ 2013; dan
iii. Bil/ invois daripada sekolah.
68
















































































   69   70   71   72   73