Page 74 - SPANM Demo
P. 74

SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
(5) Tarikh diluluskan;
(6) Amaun Pendahuluan Diri;
(7) Tarikh mula persekolahan;
(8) Tarikh tamat persekolahan;
(9) Tarikh dan nombor rujukan Resit Rasmi, Arahan Pembayaran atau Baucar Jurnal;
(10) Bakipendahuluanbelumselesai;dan
(11) Catatan.
2.5.5 Dalam persekitaran elektronik, PTJ hendaklah menyemak ketepatan data di setipan laporan pendahuluan yang dijana melalui sistem.
2.5.6 Bahagian Akaun, Kementerian yang mempunyai PTJ di luar negeri perlu memastikan pengesahan baki dan Penyata Penyesuaian untuk pendahuluan ini disediakan secara bulanan.
2.5.7 Bahagian Akaun, Kementerian yang mempunyai PTJ di luar negeri adalah bertanggungjawab untuk memastikan senarai subsidiari yang lengkap dan kemaskini diselenggara dan dikemukakan kepada JANM mengikut tarikh yang ditetapkan.
2.6 Pendahuluan Diri Cagaran Sewa Rumah/ Ruang Pejabat Luar Negeri 2.6.1 Pengenalan
(1) Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan pekeliling lain yang berkaitan dan Manual Pengurusan Perakaunan Di Perwakilan Luar Negara yang sedang berkuat kuasa.
(2) Pendahuluan Diri Cagaran Sewa Rumah/ Ruang Pejabat Luar Negeri (A0461111) merupakan pendahuluan yang diberikan kepada pegawai dalam Perkhidmatan Awam bagi bayaran wang cagaran keselamatan (security deposit) atau apa-apa bayaran yang boleh diperolehi kembali (refundables) untuk rumah kediaman atau ruang pejabat yang hendak disewa di luar negeri.
(3) Pendahuluan Diri Sewa Rumah/ Ruang Pejabat Luar Negeri (A0461112) merupakan pendahuluan yang diberikan kepada pegawai dalam Perkhidmatan Awam bagi bayaran sekaligus (to be paid in advance in one lumpsum) sewa kediaman atau ruang
71



















































































   72   73   74   75   76