Page 75 - SPANM Demo
P. 75

SPANM BIL. 7/2018 LAMPIRAN E: GARIS PANDUAN TATACARA PENGURUSAN BAYARAN PENDAHULUAN
pejabat di luar negeri untuk tempoh sewaan yang melangkaui tahun semasa.
2.6.2 Pendahuluan Diri Cagaran Sewa Rumah/ Ruang Pejabat Luar Negeri (A0461111)
(1)
Tatacara Permohonan Pendahuluan
(i) Pendahuluan Diri dipohon bagi bayaran wang cagaran keselamatan (security deposit) atau apa-apa bayaran yang boleh diperolehi kembali (refundables) untuk rumah kediaman atau ruang pejabat yang hendak disewa.
(ii) Bayaran Cagaran Sewa Rumah Kediaman/ Ruang Pejabat hendaklah dibuat melalui Pendahuluan Diri seperti berikut:
a. Cagaran Sewa Rumah Kediaman adalah atas nama pegawai berkenaan; dan
b. Cagaran Sewa Ruang Pejabat adalah atas nama jawatan Ketua Perwakilan.
(iii) Permohonan Pendahuluan Diri Cagaran Sewa Rumah Kediaman/ Ruang Pejabat hendaklah diluluskan oleh Pegawai Pengawal/ pegawai yang diturunkan kuasa.
(iv) Permohonan Pendahuluan Cagaran Sewa Rumah Kediaman/ Ruang Pejabat hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan, Kementerian:
a. Borang Permohonan Sewa Rumah Kediaman/ Ruang Pejabat yang telah diluluskan oleh Pegawai Pengawal/ Pegawai yang diturunkan kuasa;
b. Borang Permohonan Untuk Pendahuluan (Kew. 106); dan
c. Salinan Perjanjian Penyewaan.
Pembayaran Pendahuluan
(i) Arahan Pembayaran Pendahuluan hendaklah disokong dengan dokumen berikut:
(2)
72

















































































   73   74   75   76   77