Page 100 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 100
Hidup ini damai ketika hati memaafkan. Kerana apalah sangat
kesalahan orang terhadap kita berbanding kesalahan dan dosa kita
terhadap Allah. Namun Allah sentiasa memaafkan kita.
∞ ∞ ∞
Sahabat,
Mengapa sering kali sukar untuk memaafkan? Sebab di sebalik
kemarahan dan keengganan untuk memaafkan itu ada 4 punca;
PERTAMA
Sebab secara tidak sedar dalam diri kita ada kemahuan untuk sentiasa
menang dan menjadi orang yang paling benar.
Saya dulu begini. Tanpa saya sedar saya ‘keep pushing away’ orang
yang saya sayang. Semua orang salah, supaya saya sahaja yang benar.
Akhirnya tinggallah saya seorang kesunyian. Betapa keegoan diri
untuk sentiasa benar tidak membawa kedamaian dalam hidup.
Namun ketika saya merendahkan hati untuk mengalah, hubungan
terjalin kembali dan kasih sayang kembali bersemi. Akhirnya saya
menyedari...
83