Page 98 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 98
Sahabat,
Di sebuah kota di Perancis, hidup seorang bekas banduan bernama
Valjean. Dia dihukum 19 tahun penjara kerana pelbagai kes jenayah.
Setelah 19 tahun hukuman dijalani, dia dibebaskan. Namun dia sukar
mendapat tempat tinggal, tak ada keluarga, kerana di masa itu orang
tak mahu berurusan dengan bekas banduan.
Namun ada seorang tua yang baik telah menerima dia tinggal di
rumahnya.
Suatu pagi, dia mengambil peralatan makan milik orang tua yang
diperbuat daripada perak dan melarikan diri. Keesokan paginya,
orang tua itu terkejut kerana tiga orang polis mengetuk pintu
rumahnya. Mereka menangkap Valjean yang sedang berusaha
menjual barang perak milik orang tua tersebut.
Akan tetapi, reaksi dari orang tua ini mengejutkan mereka semua,
terutama Valjean. Katanya, “Lah… kamu ini pergi ke mana? Nasib baik
kamu balik lagi ke sini. Kamu lupa ya, yang tempat lilin ini juga aku
berikan buat kamu? Ambillah ini juga daripada perak, dan kalau dijual
harganya 200 francs!”
81