Page 101 - AJARI HATIKU | AGAR BERSYUKUR & DAMAI | DIYANA TAHIR | EHATI
P. 101
“It’s not about being right, but it’s about being kind” (bukan tentang
menjadi yang paling benar, tetapi tentang menjadi yang paling
rendah hati)
KEDUA Kurang melihat ke dalam dan kurang memeluk lembut sisi
gelap dalam diri sendiri. Sebab, ketika kita jujur melihat ke dalam diri
seperti pada latihan hari ke-7 semalam, akhirnya kita menyedari
betapa banyak kesalahan dan dosa yang pernah kita lakukan, namun
Allah sentiasa memaafkan kita.
Apalah sangat kesilapan dan dosa mereka berbanding dosa dan
kesilapan kita kepada Allah? Dan ketika kita jujur melihat ke dalam
diri, ketika itulah kita menyedari bahawa sebagaimana kita yang
banyak salah dan dosa, begitu juga mereka.
Kita adalah sama. Sering berbuat salah.
Kesalahan bukan untuk dihukum. Kesilapan bukan hukuman Tuhan.
Tetapi peluang untuk kita lebih memahami dan lebih penuh belas
kasih pada orang lain.
84